Biadap ! Zunar hina Sultan Johor !

Adakah anda kenal dengan kartunis ini (sebelah kiri) ? Yang pernah menghina umat Islam sebelum ini dan pernah mempersenda kalimah Allah dan Nabi Muhammad !

Ya. Kali ini dia sengaja mencetuskan kontroversi lagi dengan menghina Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor !

DYMM Sultan Johor menindas rakyat yang miskin ?

Mengapa perlu dilukis kartun sebegini? Untuk apa dan ditujukan kepada siapa? Salah seorang pembida bagi nombor plat WWW ialah DYMM Sultan Johor. Adakah Sultan Johor menindas rakyat yang susah dan miskin? Perlukah Zunar menghina Sultan Johor dengan sedemikian rupa? Siapa Zunar?

 Kartun Zunar yang menghina Ulama yang menyertai UMNO ! Dengan mempersendakan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW !

Menyamakan Tun Dr Mahathir dengan rejim Nazi Hitler !

PAS : PRU-13 lebih utama dari HAJI


Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

Katanya, soal peluang yang sukar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana kuota ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah perkara kedua kerana ia perlu dilihat daripada segi kaedah hukum dahulu. 

"Betul haji Rukun Islam, tetapi kalau bercakap daripada segi hukum boleh ditangguh bukan benda yang mesti dibuat, bukan macam sembahyang dia ada waktunya kena buat dalam waktu kalau tak buat tak boleh tapi haji tidak ada masalah, kalau kita tidak buat tahun ini kita buat tahun depan."

Selain itu, Pas Kelantan mempertahankan kenyataan beliau yang meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

PRU 13 lebih penting dari menunaikan ibadah Haji?
PAS meminta ahlinya menangguhkan ibadah Haji semata-mata kerana ingin menghadapai PRU 13?

Apa sudah jadi dengan PAS? 

Yaman pelawa Dr M jadi penasihat khas ekonomi



Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.
  
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.

"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.
   
"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.


(Sumber dari Bernama)

Orang dari luar negara pun mengkagumi ketokohan Tun dalam mentadbir negara, orang Pakatan je yang menggelarkan Tun dengan gelaran yang bukan-bukan...

Rahsia di sebalik rahsia

Cerita ini tiada kaitan dengan gambar diatas.

Seorang anak bertanya kepada ibunya.

Anak : Mama, bila hari jadi saya ke 17 nanti, boleh buat pesta di rumah?
Mama : Boleh saja demi anak mama. Nanti mama aturkan.
Anak : Ma, boleh saya ajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Mama, boleh saya pakai baju warna pink tak?
Mama : Boleh... boleh. Nanti mama belikan.

Maka tibalah hari jadi si anak yang ke 17 yang cukup meriah dihadiri kawan-kawan yang cukup seronok sekali. Sang anak yang sudah siap memakai baju baru kembali ke sisi mamanya untuk meminta izin lagi.

Anak : Ma.. boleh saya pakai lipsctick tak?
Mama : Tak boleh !
Anak : Alah mama.. harini kan hari jadi saya.. Sekali saja seumur hidup. Tak kan pakai lipstick pun tak boleh..
Mama : Tidak boleh ! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick.
Anak : Alaaaaa.... boleh la mama. Please...
Mama : Azwan!!!!!! Kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH. Kamukan lelaki !!

Nizar bangsat malu. WWW1 untuk kereta Proton.

" Takkanlah flat WWW1 nak diletakkan di kereta Proton !"

Adakah anda masih ingat dengan dakwaan Nizar dimana dia mempertikaikan DYMM Sultan Johor yang telah membeli nombor plat WWW1. Nizar mendakwa yang kononnya WWW1 yang dibeli oleh DYMM Sultan Johor tidak akan digunakan pada kereta-kereta jenama murah seperti Proton.

" RM520k untuk no plate WWW1. Xkan nak letak kat kereta proton atau motor kut?
ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang! "

Ternyata dakwaannya salah !

Anda lihat sendiri jenis kereta apakah DYMM Sultan Johor gunakan untuk WWW1 !


Sekarang mahukah Nizar sembah ampun dan maaf pada DYMM SULTAN JOHOR ?

Adam Adli menghina DS Khaled Nordin

" Khaled Nordin mulut jahat ! "

Pelajar gila publisiti, Adam Adli yang digantung pengajian oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengutuk tindakan kerajaan yang ingin menghentikan bantuan pinjaman PTPTN kepada bakal pelajar Universiti Selangor milik kerajaan negeri Selangor.

" Akhirnya PTPTN tunjuk belang. X perlu ulas statement Khaled Nordin. Orang jahat 
mulut memang macam tu. Sekarang waktu selesaikan isu. "

Adam Adli melalui twitternya dengan celupar memberitahu bahawa Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah seorang yang bermulut jahat.

" Dan Selangor, yang simpanan tunainya juta-juta. Waktu untuk bertindak.
Terpulang janji masing-masing. Pinjaman tanpa faedah ke. Biasiswa ke. "

Seperti diduga budak hingusan ini tetap akan menuntut kepada kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan free education (pendidikan percuma) dan mendakwa bahawa kerajaan negeri mempunyai aset berjuta-juta untuk menampung segala keperluan pengajian pelajar.

Persoalannya mampukah kerajaan negeri Selangor memberikan pendidikan percuma kepada bakal penuntut UNISEL ?

PTPTN dibekukan di Unisel


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.

Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.

"Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," katanya.



Harith Iskandar : sindiran politik

"Malaysia cukup matang untuk wujudkan ruang bicara yang raikan pendapat berbeza."

Siapa tidak kenal dengan pengacara serba boleh Harith Iskandar. Ada sahaja lawak jenakanya bila dia mengendali dan mengacarakan sesebuah program atau majlis.

Disini jom kita selongkar tweet Harith..

" Soalan : Why do chinese who have problems with loan sharks go to MCA n not the police? "

" I never see Malays who have problems with loan sharks go to UMNO "

" If I only knew they were giving WWW15 away for free, I would have applied ! "

Sebenarnya melalui tweet Harith Iskandar kita dapat lihat bahawa dia bukanlah pro kepada mana-mana parti, jika dirasa benda itu sebagai lucu maka ia akan dijadikan bahan untuk sindiran. Selain itu Harith juga terlibat dalam pembikinan video "Bangkang Dari Longkang" bersama-sama dengan Afdlin Shauki, Dee dan lain-lain.

Kesemua episod "Bangkang Dari Longkang" boleh didapati melalui tweet Harith Iskandar.

Anwar arah semua peminjam PTPTN jangan bayar

" Tidak perlu bayar hutang PTPTN ! "

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.


Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.

Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.


Kartun BABI dalam Portal DAP.

Kenapa Roketkini.com tidak peka dengan isu kartun dan cerita BABI ini?

Pelik dan hairan bila Roketkini.com seolah-olah sengaja membangkitkan kemarahan penduduk Islam amnya di negara ini apabila menyiarkan sebuah cerita berunsur sindiran dan melibatkan binatang BABI dan ANJING. Bukan itu sahaja, tindakan menyiarkan kartun BABI ini pastinya menyebabkan umat Islam di negara ini resah dengan apakah sebenarnya agenda utama mereka.


Sekali lagi mereka seolah-olah ingin menguji kesabaran kita... Sampai bila?
Sekali lagi mereka cuba bermain api dengan kita... Sampai bila?
Sekali lagi mereka mencurah minyak kedalam api...
SAMPAI BILA?