Cina, PAS dan Anwar.


"Janji Bersih" yang kononnya berjaya menghimpunkan hampir 5 ribu peserta di malam ambang Hari Kemerdekaan dan apakah kejayaan yang diperolehi disebalik peristiwa hitam yang pastinya terpalit di setiap hati rakyat yang cintakan keamanan.

Sebaliknya apa yang dapat kita lihat himpunan haram kali ini dihadiri dan disertai lebih ramai kaum Cina berbanding kaum-kaum lain. Apakah ini satu petanda bahawa kaum Cina secara total telah menolak UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di masa akan datang. Gambar-gambar mereka yang berbangsa Cina memegang dan mengibarkan bendera PAS terus dijadikan modal murahan politik penyokong pembangkang kononnya kaum Cina sudah mula mendekati PAS dan mereka sudah tidak takut lagi dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.

Atau adakah ini hanyalah satu alasan bagi kaum Cina untuk menolak kerajaan sedia ada dengan menggunakan PAS sebagai satu jalan pintas dan mudah bagi mereka mengelak untuk dipersalahkan 100% kononnya mereka lupa akan asal usul dan inilah peluang terbaik yang mereka ada setelah sekian lama kaum Melayu tidak berpecah seperti yang berlaku hari ini.

Saya tidak ada niat untuk bersikap perkauman bahkan isu perkauman di Malaysia ini sebenarnya sudah lama tidak didengari cuma selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dilepaskan dari penjara Sungai Buluh dan semenjak daripada itu pelbagai isu perkauman mula tercetus. Bermula dari isu Namewee, Teoh Beng Hock, S Kugan dan macam-macam lagi. Bukan niat saya untuk menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang di atas segala isu perkauman ini tetapi seakan pelik bila ianya terjadi selepas beliau dibebaskan.


Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berfikiran waras dan normal seharusnya kita wajib menjunjung apa yang terkandung di dalam Rukun Negara kerana sebagai seorang Islam kita harus memikul tanggungjawab sebagai seorang rakyat iaitu dengan tidak melanggar segala undang-undang negara selagi ia tidak melanggar hukum syarak. Menentang pemerintah dengan cara menghuru-harakan negara itu adalah salah. Negara demokrasi seperti Malaysia ini sudah pasti ada platform yang sesuai untuk menyatakan bantahan dan medium pilihanraya itu sendiri sebagai medan rakyat untuk menentukan siapakah yang layak menjadi kerajaan.

Apa yang berlaku di malam ambang hari kemerdekaan itu sememangnya memalukan bahkan bagi mereka yang cintakan keamanan dan keharmonian pasti akan berduka dengan apa yang berlaku. Setelah 55 tahun negara merdeka inilah hasil yang kita kecapi gara-gara hasutan dan teladan yang ditunjukkan sendiri oleh pemimpin pembangkang.


Bagi mereka kaum Cina belajarlah bersyukur dan hentikanlah sikap perkauman. Orang Melayu sudah cukup bersabar selama ini. Inilah masanya untuk kita sama-sama membangunkan negara ini. Tidak perlu lagi kita mendengar dan terpedaya dengan hasutan pembangkang yang memang inginkan negara kita huru-hara. Selama ini kita boleh duduk sama-sama boleh makan sama-sama, jangan persiakan apa yang Tuhan bagi dekat kita. Di kesempatan ini rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT HARI MERDEKA.