Dipukul Mat Bangla




Seorang pekerja Nepal cedera dipukul tiga pekerja Bangladesh yang menghalang dia dan rakan-rakannya dari menggunakan bilik air di asrama pekerja di Felda Semaring, Dungun kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 3 petang apabila tiga pekerja Nepal pergi ke asrama pekerja Bangladesh itu untuk menggunakan bilik air kerana di asrama mereka mengalami masalah air.

Bagaimanapun pekerja Bangladesh tidak membenarkannya, lalu berlaku pertengkaran serta pergaduhan. Mereka memukul antara satu sama lain menggunakan cangkul, kayu dan golok.

"Pergaduhan menyebabkan seorang buruh Nepal yang berusia 20-an cedera teruk di kepala manakala yang lain cedera ringan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan.

Beliau berkata sehubungan itu polis telah menahan para pekerja itu untuk disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kesemua mereka mempunyai permit dan pasport yang sah. - Bernama

AN - Ni mesti kes terpengaruh dengan rusuhan Bersih tempoh hari.. hahaha


No comments:

Post a Comment