Blog Archive

Isu Muzakarah : Tun M sindir Nik Aziz

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu"

Kali ini giliran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan keputusan Tuan Guru Nik Aziz. Menurutnya tindakan Mursyidul Am Pas meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sepatutnya Nik Abdul Aziz tidak perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini. 

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu (syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup syarat," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.

Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.


Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.

"Dengan DAP, PAS tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia dah setuju, untunglah Karpal," katanya.

9 comments:

  1. MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comment and run... It's really suits you.

      Delete
  2. MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.

    ReplyDelete
  3. MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.
    MAHAFIRAUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u have no balls eh? dats the only thing u have to say...pity u coward!

      Delete
  4. org Pas bila kene jeling je da takuttt... comelnye nik aziz kat sebelah tu.. mcm anak kuceng,.. hak hak

    ReplyDelete
  5. siapalah kita nak nilai orang lain kan? lagi2 dgn gelaran mahafiraun. astagfirullah.
    dah la takut nk guna identiti sendiri. baling batu sembunyi tangan.pengecut.

    ReplyDelete
  6. "perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)"????
    Mintak la syarat apa-apa pun, kecuali yang atas ni~

    ReplyDelete