Esok dan selamanya Kuala Lumpur aman.



Kisah tentang aman dan damai.


Hargailah keamanan yang kita kecapi selama ini.


Untuk episod kali ini gua ingin bercerita tentang keamanan yang kita kecapi selama ini, malah bukan sahaja keamanan tetapi kemajuan negara dalam bersaing dengan negara-negara lain yang membangun dengan pesat, kita sering bersaing dan terus bersaing, ia bergantung kepada kestabilan politik dan sikap toleransi dari rakyat sendiri.

Setelah sekian lama negara dalam keadaan aman, mengapa kita sanggup untuk mengorbankannya sedangkan nilai untuk mencapai keamanan itu adalah sangat tidak terkira, sangat terlalu berharga, semua negara rindukan keamanan, malah sebenarnya majoriti rakyat negara kita sendiri menolak kekacauan dan menyokong keamanan.

Sebenarnya bila sesebuah negara itu dalam keadaan yang baik dan bersaing dengan sihat dari segi ekonomi mahupun dari segi kouta politik, pasti terdapat anasir-anasir jahat yang sering sahaja mencari peluang untuk menjahanamkan dan yang pasti tidak putus-putus untuk terus memecahbelahkan memporak perandakan keamanan yang dikecapi. Itulah realitinya..



Dan untuk episod kali ini juga sebelum tibanya esok hari dengan senang hati gua ingin umumkan, gua adalah blogger sayang Malaysia :)
 Fikirkan masa depan untuk anak-anak kita di masa hadapan..
Wallahu'alam.


Perjuangan Baru Bermula.


aimi-naqiuddin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment