DAP akan lawan HUDUD habis-habisan!

DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini"

DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,”

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini."

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya.
Kah Kah Kah... Kah Kah Kah..
Haritu Nasarudin Tantawi kata Karpal dah mula paham pasal Islam..
Kah Kah Kah.. Kah Kah Kah..
Karpal Singh dah mula terima Hudud..
Kah Kah Kah..
Sampai terdiam Fathul Bari..
Kah Kah Kah..
Rupanya itu cuma khayalan si Tantawi dan pencacai..
Kah Kah Kah.. 

 

Suara Keadilan - Suara Lawak ?


Komuter di Malaysia tiada cermin sisi dan ia menyukarkan?
Pengawal terpaksa ditempatkan di setiap tren?

Hahaha.

Ok, jom kita sama-sama selidik fakta sebenar.


Ini adalah diantara keretapi paling laju dalam dunia model CRH2 versi rekaan Shinkansen siri E 2-1000 yang telah diubahsuai. Ia adalah keretapi yang paling laju di negara China.


Ini pula salah sebuah keretapi laju di negara Taiwan, bergerak sekitar 335.5km/j di sepanjang pantai barat Taiwan.

Ok. Perhatikan kedua-dua keretapi laju ini.

Tiada cermin sisi. 



Politik : Kisah Ziela Jalil, Mamat Sepah, Leman Raja Lawak.

'Saya bersama UMNO dulu kini selamanya'

Kisah 1 : Ziela Jalil

Siapa tidak kenal dengan selebriti ini, beliau pernah menempuh pengalaman hidup yang menyedihkan apabila kehilangan suami tercinta, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Dipendekkan cerita, semalam gua sempat tweet dengan Puan Sri Ziela Jalil ni :
Dan ini jawapannya :
Err... Siap di tag Abby Abadi tuh.. Hahaha..

Kisah 2 : Mamat Sepah

Siapa yang tidak kenal dengan Mamat dari kumpulan Sepah. Lawaknya yang spontan dan menggelikan hati mampu membuat sesiapa sahaja tergelak dengan aksinya.

Tiada isu. Cuma beberapa tweetnya agak menarik perhatian :
Err..
Dia cuma bergurau.. Kita faham kan?

Kisah 3 : Leman Raja Lawak

Sumpah ! Aku memang tak kenal siapa dia ni, asal mana, pernah muncul tv ke. Tapi dek kerana semua dah bagi publisiti murahan pada dia maka aku terpaksa mengorek cerita tentang mamat sewel ni.

Eh. Dia ni yang suka melawak dengan lembu tu kan?

Dipendekkan cerita dia ni dah sertai parti politik PAS. Ah ! Aku pedulik apa. Yang menjadi isunya sehari-harian si sewel ni sibuk menghentam UMNO-BN. Pergh.
Err..

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini dan dengan kesempatan yang ada gua ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga urusan ibadah kita dipermudahkan. InsyaAllah.

Anda rasional?
Fikirkan.


Reezal Merican dihina. RASIS sebati dengan puak PR.

"Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir mereka (pembangkang) dapat memberi apa-apa kepada mereka."
 
Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya.
 
Kenyataan Datuk Reezal Merican ini disiarkan didalam portal Malaysiakini namun yang mengecewakan majoriti komentar disitu bersikap rasis dan kurang ajar.
 
HANYA KERANA BERKATA BENAR ! DATUK REEZAL MERICAN BUKAN SAHAJA DIHINA DAN DIAIBKAN ! MALAH DIPANGGIL DENGAN GELARAN KELING !









Hang jenis keling?
Mengaku Melayu?

Apakah penyokong PR beranggapan bahawa undi dari keturunan India Muslim tidak penting? Atau mereka rasakan memang sudah tiada lansung sokongan dari keturunan Mamak?

Atau memang puak PR sebenarnya RASIS?
Mereka mempunyai kuasa veto untuk menghina manusia?










Hitam legam ngaku Melayu?

Anda rasional?
Fikirkan,

Sah ! Abby Abadi menyertai PAS.

"Saya memilih PAS kerana parti itu berjuang untuk Islam"

Desas desus sebelum ini yang mengatakan bahawa selebriti ini akan menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akhirnya menjadi kenyataan apabila malam tadi beliau telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebagai ahli.

'Di Ambang Ramadhan bersama TG Nik Aziz Nik Mat, abg Hairie Othman
dan Abby Abadi di Yayasan Islam Kelantan.'

Dan ini pula jawapan Abby mengapa dia memilih PAS sebagai wadah perjuangan,

'Penyertaan saya adalah kerana menghargai dan menghormati TG Nik Aziz
dan TG Hj Abd Hadi Awang, semua jemaah berjuang untuk agama Allah'

Anda rasional? Fikirkan.

Teresa Kok : UMNO batu api

"Parti pemerintah suka melaga-lagakan rakyat !"

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti pemerintah (UMNO-BN) melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA. Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Teresa pernah disumbat ke dalam ISA dan dia mendakwa makanan disitu "sama seperti makanan anjing" tetapi selang 3 hari menukar pula kenyataannya kepada "baik sedikit daripada makanan anjing".

Kita tidak pernah lupa ketika Teresa meraikan kemenangan di Selangor dengan memanggang daging babi.

Dan kita juga tidak pernah lupa bila tangan yang memanggang daging babi diberikan penghormatan oleh juak PAS untuk memberi daging suci korban.

Anda rasional? Fikirkan.

Gempar ! Foto Anwar meliwat mahasiswa !




Hehehe... Lu orang pernah tengok cerite Wakenabeb kan...
Sekarang lu orang kena beb..!!
Hehehe... gua cuma nak tunjuk pic DS Najib dengan kanak-kanak tadika ni...
Budak kecik pun pandai hormat pemimpin beb...!!

Hehehe.. jangan marah ha...

Anwar ucap SELAMAT TINGGAL jika gagal PRU 13

"Saya akan bersara dari politik sekiranya tewas PRU 13"

Mungkin seperti sudah mengagak yang Pakatan Rakyat tidak mampu menumbangkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional lantas Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik - mengajar.

Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.

Anwar yang ketika ini difahamkan berada di luar negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya itu. Beliau bagaimanapun dijadualkan akan menghadiri satu program di Selayang hujung minggu ini.

Anwar dan beberapa lagi pemimpin PKR telah dikenakan beberapa tuduhan berkenaan Bersih 3.0 dan jika didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun, sekali gus statusnya sebagai wakil rakyat gugur.

Ac Mizal : Saya dikafirkan Bob Lokman

"Saya dikafirkan oleh Bob Lokman kerana menyertai UMNO"

Selebriti dan juga merupakan seorang pengacara terkenal tanah air, Datuk AC Mizal melalui tweetnya memberitahu bahawa beliau pernah dituduh sebagai kafir kerana menyertai UMNO. Perkara ini disampaikan terus kepada seorang artis yang mula berhijrah dan lebih cenderung kepada pembangkang iaitu Abby Abadi.

"Saya bukan dengar tetapi telah dikafir laknatkan oleh Bob Lokman
waktu saya masuk UMNO so saya cuma beri peringatan
saya naif pasal agama"

Perbuatan kafir mengkafirkan sesama saudara seIslam dikalangan ahli PAS bukanlah suatu perkara yang pelik dikalangan mereka.

Pengakuan dari Abby Abadi sendiri bahawa dia telah menyertai PAS.

PAS itu bukan agama
Islam tidak perlukan PAS
PAS pergunakan agama demi mencapai cita-cita peribadi
Kembalilah kepada Islam tanpa menyakiti yang lain....

Ambiga terima ugutan bunuh

"Ini adalah perbuatan orang yang tidak bertamadun !"

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga menerima kiriman emel ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya. Difahamkan, kandungan emel tersebut memaparkan dua nama lelaki yang diupah, dipercayai untuk membunuh beliau.

Menurut sumber, kiriman itu dihantar kira-kira jam 5 pagi dan disedari Ambiga pada jam 1 tengah hari melalui telefon bimbitnya.

“Bimbang dengan keselamatannya, laporan dibuat di Balai Polis Travers pada hari kejadian. Dipercayai, pengirim menggunakan nama kumpulan gengster bagi menakutkan beliau,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Laporan polis dibuat terhadap Uncle Seekers

Tulisan Uncle Seekers mengaibkan kerabat Sultan Johor !

Tiga puluh individu membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya klik sini

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral semalam, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.


"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.