Blog Archive

Isu hina Sultan : Polis tetap siasat

" Saya tiada niat mengguris hati mana-mana pihak "

Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam Twitter berhubung bidaan sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1.

Ketua Polis Negeri Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan sebuah pasukan petugas telah ditubuhkan dan sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Hasutan.
 
“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.
 
 
Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali menambah, Nizar sepatutnya perlu meneliti fakta sebelum membuat sebarang komen.

Beliau berkata, kerabat diraja  Johor sentiasa bermurah hati untuk menderma kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bagi membantu pembangunan negara dan memperbaiki hidup rakyat.

Uncle Seekers hina Raja Muda Johor

Uncle Seekers si mulut celupar !

Belum lagi habis isu bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin menghina Sultan Johor mengenai isu membeli nombor plat WWW1 kini giliran Uncle Seekers pula menghina dan memperlekehkan Raja Muda Johor.

Beliau telah menghina Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim :

Satu planet dah tahu hubungan anta berdua. Semuanya anta dah ada. Pangkat besar rupa anta kategori hensem, rumah cantik dan besar, kereta banyak, duit berlambak. Berapa ramai rakyat Johor terpaksa capmelan tembak cicak ngan lipas sebab takder duit nak kawen dan berapa ramai yang 'loan' kat Bank Rakyat dan kena bayar selama 20 tahun. Anta dah ada semua, tunggu apa lagi beb?

Sebelum terlupa, bila nak faraidkan harta pusaka yang telah diamanahkan oleh Almarhum Sultan Iskandar. Dah setahun lebih ni ! Tugas ana selesai sebab dah maklum pada anta. Anta tak nak dengar itu hak anta. Dunia mungkin boleh lepas tapi akhirat sendiri mau ingat.


"Pesanan dari ana khusus untuk anta Mail.
Langit tidak selalu cerah...

Kalau anta tak puas hati pada ana, anta boleh 'cipta' pelbagai alasan untuk fitnah ana supaya masuk 'dalam'.

Kecik punya hal....
Paling lama pun 14 hari jer dibawah seksyen 117.
Pastu, macam-macam citer ana bleh bongkar 'kemungkaran' yang ada didalam sana nanti sampai nafas ana yang terakhir."
 
Bukan sahaja tidak menghormati Raja Muda Johor ini, malah Uncle hanya memanggil namanya sahaja iaitu MAIL. Bahkan turut meninggalkan kata-kata berunsur ugutan.

K-POP di Kelantan 2 hari lagi.

Adakah bila K-POP diadakan di Kelantan maka ia bertukar menjadi HALAL?

Berita dan maklumat yang baru saya terima sebuah kumpulan ala K-POP berasal dari Kelantan akan membuat persembahan di Kota Bharu dua hari lagi. Adakah Nik Aziz terlepas pandang atau memang tiada masalah jika ia dibuat di Kelantan?

Disini saya sertakan video klip kumpulan K-POP Kelantan tersebut :


Haritu mereka menghentam kerajaan BN kerana menjemput kumpulan K-POP dari Korea kerana mengadakan persembahan di Putrajaya, tapi dalam masa yang sama mereka juga menghalalkan kumpulan K-POP versi Kelantan di sana.

Nik Aziz terlepas pandang atau memang ia menjadi HALAL bila di Kelantan?

:: credit to : jejarikami :)

Nizar mohon maaf.

" Saya mohon maaf kepada Baginda Tuanku "

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf berhubung mesej Twitternya berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian,"
 
 
Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,”

Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.


Belum lagi DYMM Sultan Johor mengenakan tindakan susulan keatas Nizar tapi Nizar sudah menggelabah sendiri. Lain kali gunakan dulu akal yang waras dan siuman sebelum mengeluarkan kenyataan, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata nahas binasa.

Nizar hina Sultan Johor, Perlekeh MUFTI.

" Duit tu banyak lagi kegunaannya untuk membantu rakyat! "
" RM520k untuk no plate www1. Xkan nak letak kat kereta proton atau motor kut? Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang! "

Selain itu Nizar juga turut menghina warga Melayu yang tinggal di Johor sambil menyindir DYMM Sultan Johor.

" RM520k boleh dibelanjakan membantu rakyat melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah pprt "

Nizar juga turut memperlekehkan Mufti dengan menyatakan bahawa Mufti harus keluarkan fatwa berhubung isu membeli nombor flat.

" Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh tidak terlibat dalam pembidaan no.plate kenderaan yg berkemungkinan berunsur spekulatif? "

Jika kita ingin membandingkan apakah sumbangan diantara DYMM Sultan Johor dengan si penderhaka ini pastinya tidak terkira perbezaannya.
Ini pula jawapan dari kerabat Istana Johor :
"JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials.

The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and. Yayasan Ibrahim.


The purpose of these foundations(Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was the Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money.


So before You Open your mouth. Do your research!!!
..." 
Telatah dan kelakuan pemimpin pembangkang sudah menggambarkan bahawa mereka jenis yang tidak menghormati Sultan...
Sebagai rakyat mahukah kita mengangkat monyet-monyet ini sebagai pemimpin di masa hadapan...?

Pastinya tidak... DAULAT TUANKU....!!

Karpal : PM dikalangan bukan Melayu !

"Saya akan perjuangkan PM dikalangan bukan Melayu !"

Pengerusi DAP, Karpal Singh jelas menolak rakan sekutunya daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang mentadbir negara pada masa depan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hasrat Karpal yang mahu melihat Perdana Menteri di kalangan bukan Melayu menunjukkan Pas dan PKR kini hanya diperalat DAP dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, katanya, kenyataan Karpal yang kononnya setia menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah helah menutup hasrat sebenar beliau dan strategi politik jangka pendek veteran DAP tersebut.

"Terima kasih kepada Karpal yang menunjukkan belang cauvinis beliau dan ia sudah tentu lebih menyatupadukan orang Melayu dan bumiputera serta Islam sama ada dalam pembangkang atau yang tidak berparti."

"Kenyataan itu jelas bermotif politik oleh seorang pemimpin cauvinis yang mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang,"
"Walaupun tiada peruntukan Perlembagaan menyebut Perdana Menteri harus dilantik di kalangan Melayu, namun tradisi menunjukkan pelantikan Perdana Menteri sentiasa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta dimulakan dengan ucapan 'Bismillah'."
 
"Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara merupakan seorang Melayu beragama Islam dan agama Persekutuan pula adalah Islam, jadi Karpal jangan cuba merobek jantung serta kerangka negara ini."

"Kalau Karpal mahu Perdana Menteri di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu, dia kena langkah mayat saya dahulu," kata Ibrahim.

100 peguam bantu peniaga saman Ambiga

Ambiga bakal disaman dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

Lebih 100 orang peguam sukarela menawarkan perkhidmatan mereka untuk membantu membuat tuntutan ganti rugi bagi para peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas perniagaan mereka semasa perhimpunan Bersih 1,2 dan 3.

Anggota Peguam Sukarela (Sukaguam), Zahrin Ishak berkata pihaknya sedia membantu kos guaman secara percuma bagi menuntut kerugian para peniaga daripada Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga.

"Kami akan menyiasat terlebih dahulu tuntutan yang peniaga inginkan daripada penganjur perhimpunan sebelum memfail tuntutan itu di mahkamah."

"Peniaga-peniaga yang boleh membuat tuntutan ganti rugi ini bukan sahaja terhad di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, malahan di sekitar Kuala Lumpur,"
 
 Oppss.. Yang dua ekor beruk ni jangan lupa juga ya !

Hindraf 2.0 diadakan Ahad ini

Hindraf 2.0 akan diadakan di Brickfield pada 27 Mei ini.

Suara kaum India Malaysia (MIV) atau dulu dikenali sebagai Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) akan menganjurkan perhimpunan yang dinamakan Hindraf 2.0 pada 27 Mei ini.

Menurut pengerusi MIV V Raidu, perhimpunan yang mensasarkan lebih daripada 5,000 orang itu diadakan bagi menyeru agar kaum India memilih sebuah kerajaan yang akan menjaga hak mereka.

"Kami nak tentukan kerajaan yang akan datang selepas pilihan raya umum akan datang ialah kerajaan yang prihatin terhadap masyarakat kaum India."

"Kerajaan BN sekarang telah tidak menjaga kaum India dari segi sosio ekonomi, pelajaran dan pelbagai sektor pekerjaan,"

Seramai 100 orang daripada Unit Amal PAS juga akan turut ada bagi mengawal himpunan itu nanti.

Selain itu, Raidu berkata, perhimpunan itu juga akan disertai oleh pimpinan kanan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kita tidak lupa kejadian puak-puak pelampau Hindraf ketika bertempur dengan Polis...
Kita tidak lupa kejadian mereka menghina majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri...
Dan kini sekali lagi mereka mengingatkan kita bahawa mereka akan menolak kerajaan sedia ada...

Kita masih mahu undi selain BN ?

Amerika Syarikat akan lindungi Anwar Ibrahim

Amerika Syarikat akan memantau kes Anwar Ibrahim.

Pelik tapi benar, Amerika Syarikat mendesak Malaysia memastikan "proses sewajarnya" selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa atas kesalahan jenayah ekoran penyertaannya dalam perhimpunan reformasi sistem pilihan raya.
 
"Kami menggalakkan pihak berkuasa Malaysia memastikan proses yang sewajarnya dilindungi dan sebarang perbicaraan hendaklah dijalankan dalam keadaan adil dan telus," kata Jurucakap Jabatan Negara Victoria Nulan. 
 
 "Kami akan terus memantau kes itu ! "

Anwar dan dua lagi didakwa di mahkamah atas dakwaan melanggar undang-undang kontroversi baru berhubung perhimpunan awam dan arahan mahkamah yang melarang perhimpunan 28 April daripada mengambil tempat di pusat bandar Kuala Lumpur.
 
 Khalid Jaafar, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Pentagon, 
 
Sejak bila Anwar Ibrahim menjadi 'perhatian' Amerika Syarikat ?
Sejak bila Anwar Ibrahim menjadi 'anak emas' Amerika Syarikat ?
Adakah perkara ini hanyalah suatu kebetulan ?

Anwar : Najib takut dengan saya

"Saya tidak bersalah. Najib gunakan mahkamah untuk halang kemaraan saya! "

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan proses mahkamah untuk membendung kemaraan beliau ketika pilihan raya kini semakin hampir.

Beliau juga mendakwa, tuduhan ke atasnya semalam berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 juga satu tindakan politik yang dirancang dan juga untuk mengelak isu pilihan raya yang dibawa dalam perhimpunan 28 April itu.

"Najib perlu menghadapi saya dalam pilihan raya dan dia mahu gunakan mahkamah untuk bantu dia. Saya hendak beritahu Najib, pilihan raya itu diputuskan rakyat," katanya.


"Najib guna pendakwa iaitu Tan Sri Gani Patail untuk tujuan politik beliau – saya akan berusaha dengan rakan-rakan, teruskan jalan kegiatan politik walaupun hadir ke mahkamah."


Kejadian Bersih 3.0 tempoh hari telah mencalarkan imej negara...
Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang aman kini dipandang serong...
Jika Anwar tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadian ini...
Siapa yang patut dipersalahkan?

UMNO ?

Isu Muzakarah : Tun M sindir Nik Aziz

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu"

Kali ini giliran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan keputusan Tuan Guru Nik Aziz. Menurutnya tindakan Mursyidul Am Pas meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sepatutnya Nik Abdul Aziz tidak perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini. 

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu (syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup syarat," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.

Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.


Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.

"Dengan DAP, PAS tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia dah setuju, untunglah Karpal," katanya.

Ustaz Nasha : Saya tiada masalah muzakarah bersama UMNO

"Saya tiada masalah bermuzakarah bersama kepimpinan UMNO jika ia bertujuan membincangkan isu-isu agama dan bangsa"

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa secara terbuka mendedahkan bahawa beliau tiada masalah jika dipilih oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bermuzakarah dengan pemimpin UMNO. Ustaz Nasha juga berkata tidak perlu syarat untuk muzakarah ini.

"Sebenarnya kita sudah lama mempelawa dan dipelawa, cuma mungkin masa dan keadaan sahaja tidak mengizinkan"

Kenyataan terbuka ini secara tidak lansung bercanggah dengan pendirian Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang telah meletakkan beberapa syarat 'gila' sekiranya UMNO ingin bermuzakarah dengan PAS. Diantara syarat 'gila' tersebut ialah UMNO perlu menyertai Pakatan Rakyat

Gambar yang memberikan 1001 tanda tanya :)

Tepuk dada tanya iman ya !

Pencacai PR berjiwa IBLIS!

Hati-hati dengan pemilik akaun FB ini !


Korang ingat lagi tak isu penyokong pembangkang yang menggelarkan MUFTI sebagai ANJING (klik sini) ? Inilah pemilik akaun Facebook yang berjiwa iblis itu, bahkan bukan sahaja MUFTI semua yang melibatkan institusi kerajaan dihina dan dicarutkan olehnya.

Datuk Harussani ialah BINATANG belaan UMNOSIAL !

Polis ialah HANJING belaan UMNOSIAL !

 
UMNO ialah PARTI SIAL haramjadah !

 Menghina DS Najib Razak dengan gambar yang mengaibkan !

Lihat sendiri betapa BUSUK dan HITAM nya hati si pemilik FB ini !



Muzakarah UMNO-PAS musnah!

Impian umat Islam untuk melihat pemimpin UMNO dan PAS duduk semeja berbincang isu Islam dan Melayu gagal !

Sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"UMNO kena terima PAS sekali dengan Pakatan Rakyat. Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan Pakatan," 

Kenyataan Nik Aziz ini mengecewakan SELURUH UMAT ISLAM di negara ini, sedangkan dengan DAP sekalipun Nik Aziz boleh duduk semeja tapi bila dengan UMNO pelbagai helah dan alasan yang diberikan.

Dan ini pula reaksi Ketua Pemuda UMNO :

"Muzakarah hanya kalau UMNO masuk Pakatan. Syarat yang tak masuk akal sebab PAS dah dapat apa dia nak dari Anwar. Khalas. Drama habis."

"So ini yg berlaku. PAS timbulkan isu muzakarah. Anwar panik dan hubungi TGNA. Anwar tanya apa PAS mahu. TGNA jawab mahu kerusi2 tertentu PRU13"

Kerana kepentingan Politik mereka sanggup lacurkan Agama dan persetankan penyatuan...
Terima Kasih Tuan Guru Nik Aziz...
Terima Kasih Parti 'Islam' Semalaysia...
Semoga Allah merahmati kamu semua....

Hadi Awang, Nik Aziz muak dengan DAP.

"No Islam ! No Hudud ! No Addin !"


Karpal Singh menempelak Presiden PAS dengan mengatakan bahawa pelaksanaan Hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum Hudud termasuk apa yang diusulkan oleh PAS di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993,"
Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Ustaz Haji Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa hukum Hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.

Karpal berkata PAS perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam.
Nik Aziz membantah dengan mengatakan :
"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,"

Dan ini pula jawapan Karpal Singh :

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," 
 "Mungkin ini adalah langkah yang silap bila berada di bawah Pakatan"

Haji Hadi tetap dengan pendiriannya iaitu ingin melaksanakan HUKUM HUDUD dan menjadikan Islam sebagai Addin. Tapi dengan lantas Karpal Singh menempelak lagi.

“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi."

“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,”
Presiden PAS Ustaz Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS sudah muak dengan permainan Karpal Singh dan Pakatan Rakyat. ADAKAH MUZAKARAH YANG AKAN DIADAKAN BERSAMA UMNO BAKAL MENGUBAH SEJARAH NEGARA KITA ?
Sama-samalah kita doakan ya :)

Keluhan blogger jalanan.



Semua orang sibuk nak berjuang, nak pertahankan parti masing-masing, ada yang menggunakan pendekatan berhemah, ada yang memaki hamun, itu mengikut cara tersendiri dan kelebihan yang masing-masing ada. Ada yang bergerak secara solo dan ada juga yang bergerak secara kumpulan.

Realitinya pendekatan mana sekalipun yang diambil, we must learn from basic, go back to basic, kembali semula apa tujuan asal kita berjuang, adakah kerana kita inginkan imbuhan, adakah kerana kita dibayar, atau kita memang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanah Air.

Ok. Dah baca mukadimah kan? Dua benda aku nak sentuh!

Berjuang biarlah ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan.

Ini adalah fakta, sepanjang aku di Facebook - Twitter - Blogging - sesen pun aku tak pernah makan duit UMNO, kerana aku berjuang untuk menyelamatkan anak bangsa aku dari terus ditipu hidup-hidup oleh geng PR. Nak lagi? Sepanjang kursus, mesyuarat media sosial, konvesyen media dan pelbagai lagi yang dianjurkan oleh UMNO aku lansung tak pernah pergi. Bukan kerana aku SOMBONG tapi aku rasa lebih ramai lagi yang LAYAK untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis seperti itu. Dengar cerita banyak juga imbuhan dan dana yang diagihkan, eh.. tak mengapalah, aku tak kisah pun, dah rezeki korang-korang yang pergi, ambil sahajalah, tiada isu dan tiada dendam.

Tapi...!! Kalau tak dapat, tak perlulah nak MERENGEK MACAM BUDAK KECIK...!! Janganlah memalukan parti sendiri dengan perangai hodoh dan kurang siuman kau tu, orang PAS - PKR keluar duit poket sendiri nak lawan UMNO - kau pulak sibuk MERENGEK tak dapat itu ini.

Tidak perlulah nak berpuak-puak.

Satu je aku nak bagitau - meluat. Sikit-sikit eh dia ni budak Nadi Rakyat, eh dia ni budak UMB, eh dia ni budak TMX - untuk apa kau nak bagitau aku kau BUDAK MANA ? Ada aku kesah ke kau budah mana ? Kau berkumpulan - aku sorang-sorang - kau bertuan - aku tidak bertuan - pegi jahanam.

Berkumpulan itu bukan tidak perlu, ia memang perlu dan aku setuju, tapi kalau dah sampai menjahanamkan parti untuk apa lagi relevannya KUMPULAN itu ? Aku boleh hentam mana saja yang aku rasa tak betul. Eh, sukehati aku lah. Aku tidak bertuan dan ini kan negara demokrasi.


Pssstttt... gua online dekat cc je derr...
Tak payah nak mengharap IMBUHAN sangat la bai...



Akta Hasutan menanti Irene Fernandez.

"Malaysia tidak selamat!"

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang didakwa berterusan memburuk dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.

Siasatan yang dibuka berasaskan satu laporan polis dua hari lepas mungkin dibuat mengikut Akta Hasutan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, hari ini.

"Mungkin di bawah (Akta) Hasutan tapi kita kena lihat dulu. Kita juga mungkin akan panggil dia untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan ini," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilapor mengecam tindakan Fernandez yang berterusan memburuk dan memfitnah negara, sekali gus membuktikan beliau seorang yang tidak berakhlak serta tidak setia kepada tanah air sendiri.

Sebelum ini, Fernandez dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering menggugut pekerja asing.

Sorang burukkan negara, sorang lagi kantoi gambar bogel.

Mohon saudara saudari tolak pemimpin ini...

Tepuk dada tanya iman ya :)

UMNO - PAS akhirnya bermuzakarah.

Alhamdulillah. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh sekelian muslimin & muslimat di Malaysia.

UMNO sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata UMNO tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah,"

Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan UMNO sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbeza ideologi. 

"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.

 Gemilangnya bila Islam dapat dimartabat dan diagungkan.


A Samad Said : Jangan ganggu Ambiga lagi!

"Tolong jangan ganggu Ambiga lagi !"

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa agar segala gangguan dan ancaman peribadi kepada pengerusinya Datuk S Ambiga dihentikan segera.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said melahirkan rasa sedih dan marah beliau terhadap gangguan berterusan yang dialami Ambiga di rumahnya.

"Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadang kala ganas ini dilakukan di hadapan rumahnya, Ambiga melayani keadaan tersebut penuh sopan dan hormat," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Semalam, sekumpulan veteran tentera membuat "senaman punggung" selama kira-kira 15 minit di hadapan rumah Ambiga.

Pada 10 Mei lalu, sekumpulan peniaga kecil mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga sebagai tanda protes terhadap himpunan BERSIH yang didakwa menyebabkan kerugian kepada perniagaan mereka.

Terkini "Kempen Sayangi Ambiga" sedang giat dilakukan oleh kaum Cina dan India di Twitter dengan masing-masing menukar Profile Picture kepada muka Ambiga.

#DearAmbiga ? Untuk apa? Untuk menunjukkan mereka berani melawan kita

Tepuk dada tanya iman, kali ni gua merayu sangat, fikirlah!

Kaum Cina India bersatu pertahan Ambiga

Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa Tahun 2009

Sekali lagi orang Melayu diacah dengan sentimen perkauman, kali ini medium dan platform Facebook diguna sebaik mungkin oleh kaum Cina dan India yang menyokong pembangkang dengan menggambarkan bahawa Ambiga ialah seorang WANITA YANG CEKAL TABAH DAN BERANI.


"勇敢的女性典范 - 安美嘉(Ambiga Sreenevasan)

大馬律師公會主席拿督安美嘉是2009年度“國際婦女勇氣獎”的其中一名獲獎者,與另7名來自不同國家的獲獎者,
從美國國務卿希拉里的手中接過獎項。

安美嘉獲獎的原因是擁戴司法,以及為加強大馬的人權、女性地位及宗教包容做出努力。
美國駐馬大使館發表文告說:“安美嘉大力提倡包容及公義,對大馬的司法改革起著一定的影響,
與此同時,她也對提昇女性在公民社會所扮演的角色,做出貢獻。”

為標誌國際婦女節的意義,美國國務院設立年度的國際婦女勇氣獎,
以表彰展現超凡勇氣及領導,提倡女性權利的全世界女性。"

"Mengharungi model wanita - (Ambiga Sreenevasan)

Presiden Persatuan Peguam Malaysia Datuk Ambiga adalah salah seorang pemenang Anugerah 2009 Keberanian Wanita Antarabangsa, tujuh pemenang dari negara-negara yang berbeza, Dari tangan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton mengambil anugerah itu.

Yang memenangi anugerah sokongan pentadbiran keadilan, serta usaha-usaha untuk mengukuhkan hak asasi manusia di Malaysia, status wanita dan keterangkuman agama. Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata dalam satu kenyataan:  

"Kita bersungguh-sungguh menyokong toleransi dan keadilan, memainkan pengaruh tertentu mengenai pembaharuan kehakiman di Malaysia, pada masa yang sama, beliau juga meningkatkan peranan wanita dalam masyarakat sivil, untuk menyumbang."

Erti Hari Wanita Antarabangsa tanda, Jabatan Negara AS telah menubuhkan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa tahunan. Menzahirkan keberanian yang luar biasa dan kepimpinan untuk mengiktiraf dan mempromosi hak-hak wanita, wanita di seluruh dunia."

Dan kita lihat apa pula jawapan Ce Ye Nun Alip :

"I Salute you madam, a true Malaysian who loves this country so much so you have to bear those depicable act by those hooligans"


Dan banyak lagi komen yang menyakitkan hati kita... 

Orang Melayu ? Tak sedar diri lagi ?