PAS : PRU-13 lebih utama dari HAJI


Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

Katanya, soal peluang yang sukar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana kuota ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah perkara kedua kerana ia perlu dilihat daripada segi kaedah hukum dahulu. 

"Betul haji Rukun Islam, tetapi kalau bercakap daripada segi hukum boleh ditangguh bukan benda yang mesti dibuat, bukan macam sembahyang dia ada waktunya kena buat dalam waktu kalau tak buat tak boleh tapi haji tidak ada masalah, kalau kita tidak buat tahun ini kita buat tahun depan."

Selain itu, Pas Kelantan mempertahankan kenyataan beliau yang meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

PRU 13 lebih penting dari menunaikan ibadah Haji?
PAS meminta ahlinya menangguhkan ibadah Haji semata-mata kerana ingin menghadapai PRU 13?

Apa sudah jadi dengan PAS? 

3 comments:

  1. Kalau ya tau syarat syarat rukun ke, wajib ke gi Haji. Berapa orang jer yang pergi?

    Takkan menjejaskan parti kot.

    Memang lah untuk ahli majlis tertinggi dan kroni boleh pergi bila bila masa.

    Ni bahalol bahalol di bawah yang pergi haji terpaksa kumpul bertahun tahun.

    ReplyDelete
  2. depa guna agama untuk kepentingan sendiri

    ReplyDelete
  3. Soalan
    2.1 Siapakah yang diwajibkan mengerjakan haji dan umrah?

    Jawapan
    Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tiudak untuk masa. Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang punya hutang

    ReplyDelete