Tulisan Uncle Seekers mengaibkan kerabat Sultan Johor !
Tiga puluh individu membuat laporan polis terhadap pengamal
paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai
Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya klik sini
Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral semalam, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.
Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan
Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati
dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat
Johor dan kesejahteraan negeri ini.
"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.

komen supaya suruh kahwin tu bagus...mengingatkan kepada saudara seAgama....
ReplyDeletetapi cara komen tak beradab nak elok komen elok2. "Tuanku dah lengkanp semunya, apa kata tuanku berkahwin, kan sempurna hidup tuanku?" boleh je kan? di sini lah nak nampak org beradab atau tak!
Delete