Anwar arah semua peminjam PTPTN jangan bayar

" Tidak perlu bayar hutang PTPTN ! "

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.


Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.

Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.


7 comments:

  1. suruh nuar bayar skrg.tak payah cakap banyak...dia kan banyak duit,duit rasuah

    ReplyDelete
  2. btul tu..suh dia tlg byrkn..

    ReplyDelete
  3. Kena kecinglah semua rakyat Malaysia. Perbuatan menghasut peminjam supaya tidak membayar PTPTN adalah satu perbuatan melampau. Belum lagi berkuasa penuh dengan janji palsu dan tipu daya. Saya langsung tak percaya cakap-cakap si Nuar ni.

    ReplyDelete
  4. macam dia berjanji dengan penduduk kampung buah pala.sepatutnya namanya bukan anwar lagi,kan dia cakap jangan panggil dia anwar kalau tak tepati janji.

    ReplyDelete
  5. Cakap besar tanpa fikir. Mampu keh bagi semua free? Fikir lah..Dalam dunia ini mana ada free lunch... Sekarang dia bukan kerajaan pusat, boleh janji sana janji sini. Tak logik lansung. Orang yang 'educate' faham lah apa itu jani 'achievable (boleh ditunai), tapi orang ini.....

    ReplyDelete
  6. Kat Selangor tu Unisel pun x boleh buat lg mau cakap,MAKAN KARIPAP JELAH.

    ReplyDelete
  7. ha..ha... kesian kat org yg masih percaya ckp mamat ni. semua nak bg free, nape dia xnak ckp kalau dia jadi PM, dia xnak terima gaji.. semua org xbetul dia je la yg benar belaka. biar kencing manis jgn kencing rakyat...

    ReplyDelete