PTPTN dibekukan di Unisel


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.

Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.

"Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," katanya.



9 comments:

  1. Ha Ha Ha Ha Ha...

    Tp yang jadi mangsa, student..

    But i believe, kerajaan Negeri Selangor for sure akan membayarkan yuran-yuran student Unisel tanpa berlengah...

    Mesti takde masalah punye.. 10 tahun Unisel bg pengajian percuma, 100 tahun pon boleh.. Semua pon boley maa...

    Go Go!! Waive all fees!! Student Unisel tentu berbangga dengan komitmen kerajaan negeri..

    #bacadengannadasinis

    ReplyDelete
  2. gembiranya dengar.....tapi boleh ke dapat pendidikan percuma yang seperti mereka hebohkan tu?

    ReplyDelete
  3. Bgus ni....nak tengok mampu ke tidak PR ni bg pcuma...ahh daftar sini je lah...lagipun umah dekat....

    ReplyDelete
  4. Boleh...pasni kita yg kerja di selangor tidak perlu bayar cukai pada kerajaan lg.kita byar pada kerajaan negeri

    ReplyDelete
  5. langsaikan hutang saya di unisel . sekali dengan yuran exam untuk semester nie . 2 subject je kot . hahaha . bereh dop ? TERIMA KASIH PKR !

    ReplyDelete
  6. aku nak belajar 3 master 4 phd.........

    ReplyDelete
  7. tgk lepas ni bangkai2 yg diketuai bangsat bernama ADAM ADLI cakap ape plak? Confirm tepon Anwar Al Juburi lepas ni minx duit CIA laaa hahaahaaa...

    ReplyDelete
  8. best nya dpt masuk UNISEL...dpt bljr percuma...bila ada kemasukkan baru nie??..tak sabar rase nyer...ahhahahah

    ReplyDelete