Teresa Kok : UMNO batu api

"Parti pemerintah suka melaga-lagakan rakyat !"

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti pemerintah (UMNO-BN) melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA. Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Teresa pernah disumbat ke dalam ISA dan dia mendakwa makanan disitu "sama seperti makanan anjing" tetapi selang 3 hari menukar pula kenyataannya kepada "baik sedikit daripada makanan anjing".

Kita tidak pernah lupa ketika Teresa meraikan kemenangan di Selangor dengan memanggang daging babi.

Dan kita juga tidak pernah lupa bila tangan yang memanggang daging babi diberikan penghormatan oleh juak PAS untuk memberi daging suci korban.

Anda rasional? Fikirkan.

1 comment: