Lagu tema sempena Hari Kemerdekaan tahun ini mendapat 30 ribu dislike di Youtube.
Video yang dicipta untuk menyindir lagu tersebut mendapat respon hampir seribu like!
Juga video yang menyindir Logo tema Kebangsaan tahun ini mendapat respon mencecah 3 ratus like!
Persoalannya adakah ejen UMNO/BN yang diamanahkan untuk melindungi kerajaan dalam kempen politik di dalam alam siber menjalankan tugas dengan betul? Adakah mereka terlepas pandang atau memang mereka sengaja membiarkan penyokong mahupun askar-askar Pakatan Rakyat menguasai ruang siber ketika ini?
Dimanakah panglima-panglima perang UMNO/BN ketika ini? Hanya membiarkan sahaja?
Bukan soalnya lagu itu sedap atau tidak, bukan soal lagu itu mengarut atau tidak, bukan soal logo itu cantik atau tidak, itu aku katakan alasan yang terakhir, perjuangan tetap perjuangan. Sepatutnya kita gerak gempur, mempertahankan kerajaan secukup-cukupnya. Mengapa tidak kita bersama-sama walaupun sehingga berjaga 7 hari 7 malam sekalipun untuk pastikan bilangan LIKE melebihi yang DISLIKE.
Risiko? Orang yang atas pagar.
No comments:
Post a Comment