Sinar Harian 13 Ogos 2012
Pelik dan menghairankan bila seorang yang kononnya bergelar 'ulamak' membicarakan soal hudud tetapi akhirnya membuka pekung sendiri. Persoalannya adakah Nik Aziz tidak sedar apa yang dikatakan atau dia memang kurang ilmu dalam soal perlaksanaan hukum Hudud?
Perhatikan petikan artikel ini (gambar tidak jelas untuk artikel penuh klik sini) :
"Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan"
"Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri"
Persoalannya dalil dan ayat Al-Quran mana yang mengatakan pesalah dadah dikenakan hukuman potong tangan? Adakah Nik Aziz cuma tangkap muat dengan apa yang berlegar dalam fikirannya?
Jadi bagaimanakah hukuman hudud yang akan dikenakan kepada pesalah dadah?
"Tidak
tedapat nas keterangan di dalam al-Quran
dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan
tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat
dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat
mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan
Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah.
Ini ialah kerana dadah belum terkenal
dalam zaman mereka. Apabila masalah ini
timbul pada akhir abad keenam hijrah,
para ulama' fiqh telah berijtihad untuk
mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan
kepada arak, iaitu dengan melihat kepada
dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman
arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh
mana wujud persamaan antara arak dengan
dadah dalam alasan hukum tersebut"
"Dadah
adalah haram hukumnya dari segi syara'.
Dalil pengharaman itu berdasarkan kepada
keterangan nas kerana ia termasuk dalam
pengertian umum "benda-benda yang
memabukkan' atau dengan berqias kepada
"arak" kerana kedua-duanya mempunyai
alasan hukum yang sama, iaitu "memabukkan'
atau kerana terdapat dalam dadah keburukan-keburukan
terhadap individu dan masyarakat. Dalam
hal ini, ulama' berpendapat hukuman (had)
bagi kesalahan menagih dadah juga turut
diqiaskan kepada hukuman yang dikenakan
ke atas kesalahan meminum arak."
"Orang-orang Islam yang meminum arak, pesalah dadah dan
telah sabit ke atasnya hukuman tersebut
wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan.
Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini
dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan
yang dilakukan berulang-ulang sehingga
sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut
diteruskan juga dalam erti kata lain si
peminum sudah ketagihan maka dalam hal
ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya
dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman
ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah
atau hakim dalam sesebuah negeri."
Sekarang adakah anda faham akan perlaksanaan hukum Hudud? Jadi, adakah anda yakin bahawa sang 'ulamak' ini mampu melaksanakan hukum Hudud di negara kita?
Anda rasional?
Fikirkan.
hahaha...kesian dia.
ReplyDeletekantoi abes Tok Guru xD
ReplyDeleteBodoh jgk admin ngan 2 ekor lembu ni.. Maksud dia, kalo hudud tue kejam, hukuman gantung tak kejam ka?
ReplyDeleteRamai yg keliru nik aziz sbg MB atau tok guru
ReplyDeletex tau la~ orang2 PAS nie...
ReplyDelete