Pemimpin PAS melatah melihat Ustaz Nasha bersama PM


Baru-baru ni kecoh apabila gambar Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Arab Saudi bertemu dengan ulamak tersohor tersebar luas. Maka timbullah bebarapa desas desus kononnya Ustaz Nasha akan mengikut jejak langkah Datuk Hassan Ali dengan meninggalkan PAS.

Persoalannya apakah punca-punca dan sebab yang mendorong Ustaz Nasha menjauhi PAS? Adakah kerana PAS bekerjasama dengan DAP? Atau mungkin PAS sudah hilang pendirian mengenai perjuangan untuk menegakkan hukum Hudud? 

Lantaran daripada itu beberapa pemimpin PAS dilihat seperti tidak senang duduk, panas bontot agaknya. Dan ini adalah diantara ulasan-ulasan pemimpin parti tersebut :

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan :

"Saya menggesa supaya Ustaz Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti."

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali :

"Pas sedang mengikuti "perkembangan" pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud. Bagaimanapun di pihak kepimpinan pusat, kami sedang mengikuti perkembangan mengenai isu ini," 

Setiausaha Pemuda Pas Negeri Kelantan :

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini. Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini, Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya,"

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat :

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti,"

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar :

"Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain. Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka? Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?"

Realitinya situasi kali ini adalah situasi yang sama sepertimana Datuk Hassan Ali meninggalkan PAS. Suaranya tidak didengari malah diabaikan begitu sahaja, PAS seolah-olah tunduk dengan apa sahaja kehendak DAP.

Anda rasional?
Fikirkan.





7 comments:

  1. keluar PAS anda selamat =)

    ReplyDelete
  2. DIA NI NAK JADIK MCM HASAN AKIDAH TU..DAH TAK LAKU MULELAH CARIK PASAL..DASAR BANGSAT..

    ReplyDelete
  3. belum keluar dah panggil bangsat...pandai PAS didik pengikutnya..

    ReplyDelete
  4. tahniah anon 12:07 ko dah tunjuk akal ko yg cetek selaku puak khawarij tu :) hassan ali perjuang x nak umat islam murtad, kena pecat, nasharuddin berjuang ke arah penyatuan islam... x kira fahaman politik pun korang nak buang?memang korang ni dah sesat.tak takut neraka ke woiiiii ahli PAS oiiii????

    ReplyDelete
  5. Sokong Islam dan penyatuan Ummah, perjalanan anda ke syurga.

    Sokong PAS, anda tersungkur dipintu neraka...jawabnyer..NERAKA lerrr...

    ReplyDelete
  6. opss silap..
    ada pembetulan...

    Sokong Islam dan penyatuan Ummah, perjalanan anda ke syurga.

    Sokong PAS, anda tersungkur dipintu syurga...jawabnyer..NERAKA lerrr...

    ReplyDelete