AlFatihah buat mangsa Tragedi Tanah Runtuh

 
 
 
Bersama kita sedekahkan surah AlFatihah buat mangsa. AlFatihah..
 Enam dirawat di wad biasa, dua di ICU

Enam daripada sembilan mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam kini ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang.
 
Dua lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan hari ini.
Sembilan individu berkenaan adalah mangsa yang terselamat dalam insiden tanah runtuh tersebut, yang telah mengorbankan 16 nyawa.

"Kita tempatkan mereka dalam sebuah wad bencana yang diwujudkan berikutan tragedi ini yang berlaku semalam, buat ketika ini mereka semua sedang menerima rawatan masing-masing,” kata pegawai itu.
Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan bertemu dengan mangsa.

"Keutamaan pihak hospital ialah untuk merawat mereka, jadi keadaan mereka perlu dipastikan sentiasa tenang,” kata pegawai itu lagi.
 
 
 
 
Maklumat Terkini :
Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini.
Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang.
Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment