Utusan Terus Unggul Sebagai Akhbar Nasional :)




Utusan Malaysia medium dan wadah perjuangan melayu !!




Apa lagi medium yang ada untuk menyuarakan hak orang melayu ??


SEJARAH UTUSAN MELAYU
Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.


Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.


Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.


Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).




Bangkitlah sang melayu pertahankan medium melayu ini !!




Jangan tanya kenapa jika Pekida mengamuk !!


"SELAGI UTUSAN MALAYSIA BERJUANG UNTUK MELAYU DAN ISLAM, JANGAN ADA SESIAPA BERANI MENYENTUH. KALAU DISENTUH HAK MELAYU, KAMI AKAN KE DEPAN UNTUK BERJUANG TANPA MENGIRA SESIAPA PUN"
ZAINAL HASHIM
TIMBALAN PEKIDA SELANGOR


Perjuangan Baru Bermula.
aimi-naqiuddin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment