Blog Archive

Isu Israel : PAS tidak sehaluan dengan Anwar

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad dalam tweetnya menegaskan bahawa PAS tidak sehaluan dengan Anwar Ibrahim dalam isu dagangan dengan Israel. Jelas sebenarnya Pakatan Rakyat bukanlah sebuah ikatan gabungan parti yang baik, ada sahaja perbalahan antara mereka.

"Pendirian PAS dlm soal Israel berbeza dgn pendirian Anwar & BN. PAS menganggap pendirian BN jauh lagi teruk dari pendirian Anwar"

Pertama sekali jelas bahawa PAS sebenarnya tidak sehaluan dengan Anwar dalam isu mempertahankan negara Israel, tapi PAS sendiri sehingga kini diam membisu seolah-olah membenarkan tindak tanduk Anwar yang jelas pro Israel.

Kedua, YB Khalid Samad menuduh bahawa pendirian BN dalam isu Israel jauh lebih teruk dari Anwar, kononnya Tun Mahathir pernah menghantar surat menawar hubungan dagangan dengan Israel.

"Surat2 ni dikeluarkan oleh JPM dibincang dlm Parlimen. X dinafi oleh BN. Dr M tulis 3 surat pd Presiden2 Israel masa itu. Kesian"

Ini adalah satu tuduhan berat yang dilemparkan, tanpa usul periksa kononnya Tun Mahathir telah menulis surat kepada Presiden Israel.

Dan sebagai seorang Ahli Parlimen dikalangan Pembangkang, setiap permasalahan pasti UMNO BN yang akan disalahkan.

"Kalau Saudi ambil tindakan gitu. ianya adalah kerana tindakan kerajaan BN yang sanggup buat apa sekalipun demi pertahan kuasa"

Isu demo Bersih yang diadakan di Mekah dan Madinah klik sini , jika kerabat Diraja Saudi menarik balik visa dan menghadkannya, maka itu bukan salah pendemo Bersih tapi kerana salah UMNO BN.

2 comments:

  1. ape la bengong jawapan Khalid Samad ni. pape yg x elok jadik kt M'sia ni, sume salah UMNO!! bodo piang...da tua otak ltak kt lutut. aku luku pale hang, baru tau....haiisshh!

    ReplyDelete