"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu"
Kali ini giliran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan keputusan Tuan Guru Nik Aziz. Menurutnya tindakan Mursyidul Am Pas meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas
sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sepatutnya Nik Abdul Aziz tidak
perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi
perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini.
"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di
kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu
(syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup
syarat," katanya.
Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan
muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam
secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya
umum.
Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali
dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak
cadangan mengadakan muzakarah.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi
maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk
bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam
dan negara.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menyindir Pas kerana sanggup meletakkan
syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada
sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.
"Dengan DAP, PAS tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata
langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia dah setuju, untunglah Karpal," katanya.
MAHAFIRAUN.
ReplyDeleteMAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
Comment and run... It's really suits you.
DeleteMAHAFIRAUN.
ReplyDeleteMAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
Haters gonna hate lol.
DeleteMAHAFIRAUN.
ReplyDeleteMAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
MAHAFIRAUN.
u have no balls eh? dats the only thing u have to say...pity u coward!
Deleteorg Pas bila kene jeling je da takuttt... comelnye nik aziz kat sebelah tu.. mcm anak kuceng,.. hak hak
ReplyDeletesiapalah kita nak nilai orang lain kan? lagi2 dgn gelaran mahafiraun. astagfirullah.
ReplyDeletedah la takut nk guna identiti sendiri. baling batu sembunyi tangan.pengecut.
"perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)"????
ReplyDeleteMintak la syarat apa-apa pun, kecuali yang atas ni~