Blog Archive

Karpal : PM dikalangan bukan Melayu !

"Saya akan perjuangkan PM dikalangan bukan Melayu !"

Pengerusi DAP, Karpal Singh jelas menolak rakan sekutunya daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang mentadbir negara pada masa depan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hasrat Karpal yang mahu melihat Perdana Menteri di kalangan bukan Melayu menunjukkan Pas dan PKR kini hanya diperalat DAP dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, katanya, kenyataan Karpal yang kononnya setia menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah helah menutup hasrat sebenar beliau dan strategi politik jangka pendek veteran DAP tersebut.

"Terima kasih kepada Karpal yang menunjukkan belang cauvinis beliau dan ia sudah tentu lebih menyatupadukan orang Melayu dan bumiputera serta Islam sama ada dalam pembangkang atau yang tidak berparti."

"Kenyataan itu jelas bermotif politik oleh seorang pemimpin cauvinis yang mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang,"
"Walaupun tiada peruntukan Perlembagaan menyebut Perdana Menteri harus dilantik di kalangan Melayu, namun tradisi menunjukkan pelantikan Perdana Menteri sentiasa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta dimulakan dengan ucapan 'Bismillah'."
 
"Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara merupakan seorang Melayu beragama Islam dan agama Persekutuan pula adalah Islam, jadi Karpal jangan cuba merobek jantung serta kerangka negara ini."

"Kalau Karpal mahu Perdana Menteri di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu, dia kena langkah mayat saya dahulu," kata Ibrahim.

2 comments:

  1. Aku beNci ko kapal Singh. Ko cepatlah mampos. Ingatlah anak2 bangsaku (Melayu) jangan tergadai segala keistimewaan yg kau kecapi. Allah selamatkan bangsaku Melayu Dan Islam dibumi yg tercinta ini. Jahanamlah hendaknya DAP

    ReplyDelete
  2. Ini lah klu ulamak KITA ikut MAHATMA GHANDI.. aljawab nye Singh lah yang jd PM.

    ReplyDelete