Blog Archive

Keluhan blogger jalanan.



Semua orang sibuk nak berjuang, nak pertahankan parti masing-masing, ada yang menggunakan pendekatan berhemah, ada yang memaki hamun, itu mengikut cara tersendiri dan kelebihan yang masing-masing ada. Ada yang bergerak secara solo dan ada juga yang bergerak secara kumpulan.

Realitinya pendekatan mana sekalipun yang diambil, we must learn from basic, go back to basic, kembali semula apa tujuan asal kita berjuang, adakah kerana kita inginkan imbuhan, adakah kerana kita dibayar, atau kita memang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanah Air.

Ok. Dah baca mukadimah kan? Dua benda aku nak sentuh!

Berjuang biarlah ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan.

Ini adalah fakta, sepanjang aku di Facebook - Twitter - Blogging - sesen pun aku tak pernah makan duit UMNO, kerana aku berjuang untuk menyelamatkan anak bangsa aku dari terus ditipu hidup-hidup oleh geng PR. Nak lagi? Sepanjang kursus, mesyuarat media sosial, konvesyen media dan pelbagai lagi yang dianjurkan oleh UMNO aku lansung tak pernah pergi. Bukan kerana aku SOMBONG tapi aku rasa lebih ramai lagi yang LAYAK untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis seperti itu. Dengar cerita banyak juga imbuhan dan dana yang diagihkan, eh.. tak mengapalah, aku tak kisah pun, dah rezeki korang-korang yang pergi, ambil sahajalah, tiada isu dan tiada dendam.

Tapi...!! Kalau tak dapat, tak perlulah nak MERENGEK MACAM BUDAK KECIK...!! Janganlah memalukan parti sendiri dengan perangai hodoh dan kurang siuman kau tu, orang PAS - PKR keluar duit poket sendiri nak lawan UMNO - kau pulak sibuk MERENGEK tak dapat itu ini.

Tidak perlulah nak berpuak-puak.

Satu je aku nak bagitau - meluat. Sikit-sikit eh dia ni budak Nadi Rakyat, eh dia ni budak UMB, eh dia ni budak TMX - untuk apa kau nak bagitau aku kau BUDAK MANA ? Ada aku kesah ke kau budah mana ? Kau berkumpulan - aku sorang-sorang - kau bertuan - aku tidak bertuan - pegi jahanam.

Berkumpulan itu bukan tidak perlu, ia memang perlu dan aku setuju, tapi kalau dah sampai menjahanamkan parti untuk apa lagi relevannya KUMPULAN itu ? Aku boleh hentam mana saja yang aku rasa tak betul. Eh, sukehati aku lah. Aku tidak bertuan dan ini kan negara demokrasi.


Pssstttt... gua online dekat cc je derr...
Tak payah nak mengharap IMBUHAN sangat la bai...



9 comments: