Blog Archive

DAP kuku besi




Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengesahkan parti itu tidak akan menyambung tempoh keanggotaannya sebagai Ahli Dewan Negara yang bakal berakhir 31 Mei ini.
 
Menurut beliau, ini ekoran kenyataannya yang dilihat bertentangan dengan parti berhubung perhimpunan haram Bersih 3.0 ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, beliau akan tetap bersama parti walaupun tidak lagi diberikan tanggungjawab sebagai 'suara' DAP di dewan tertinggi tersebut.

"Ya, ia (tidak dilantik semula) benar. Saya buat kenyataan tentang Bersih, bukan saya tidak setuju dengan Bersih kerana kita nak pilihan raya yang adil. Siapa yang tidak setuju dengan itu. Cuma yang saya tak setuju kalau kita melanggar undang-undang"

Sebelum ini Tunku Abdul Aziz secara terang dan lantang mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan Perhimpunan Bersih 3.0 klik sini yang disifatkannya tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara. Justeru bila DAP tidak menyambung tempoh keanggotaannya ia adalah bukti bahawa DAP tidak mengamalkan demokrasi bersuara.

Ini pula jawapan dan reaksi Nga Kor Ming menjawab soalan saya tweetnya semalam :

"Dr Ariffin juga calon bagus. DAP ramai Melayu berkaliber, kita beri peluang kepada Org lain untuk berkhidmat. Jangan cakap kotor"

1 comment:

  1. Setuju. DAP mengamalkan konsep kuku besi. tidak boleh ditegur.

    ReplyDelete