Blog Archive

Naib Pengerusi DAP : Saya tidak sokong Bersih



Seorang ahli Dewan Negara daripada DAP menggemparkan sesi sidang dewan apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut ketika bangun berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sesi tengah hari ini.

Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

‘‘Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya"

AN : Pemimpin kuat DAP sendiri tidak menyokong Perhimpunan Haram Bersih, yang terhegeh-hegeh cumalah pemimpin-pemimpin PKR dan ulamak sesat PAS. Nik Aziz pula terpaksa reka fatwa demi menagih simpati rakyat supaya membodohkan diri di perhimpunan Bersih esok. 

 Mencerahkan kembali minda kita, amanat Haji Hadi yang mengatakan jika mati melawan orang UMNO maka ia dikira syahid. Subhanallah.

3 comments:

  1. Betul Ku......perhimpunan Bersih akan bawa malapetaka.Yg terlibat ngan Bersih adalah golongan otak tak berapa segar.Allhuakabar.

    ReplyDelete
  2. Memang sesat barat dah nie orang kelate kato. Suka hati dio jah keluar fatwa. Harap serban jah besar bakul tapi ilmu sikit habuk tadok, tok rok ceton. Mudah mudahan sempat bertaubat la dia nie sebelum mapuh behe tanoh.

    ReplyDelete
  3. nik aziz duk sibuk pasal bersih...isu air di kelate hok tok bersih agi tokse sibuk pulok...parok2...

    ReplyDelete