Blog Archive

Hadi Awang, Nik Aziz muak dengan DAP.

"No Islam ! No Hudud ! No Addin !"


Karpal Singh menempelak Presiden PAS dengan mengatakan bahawa pelaksanaan Hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum Hudud termasuk apa yang diusulkan oleh PAS di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993,"
Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Ustaz Haji Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa hukum Hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.

Karpal berkata PAS perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam.
Nik Aziz membantah dengan mengatakan :
"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,"

Dan ini pula jawapan Karpal Singh :

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," 
 "Mungkin ini adalah langkah yang silap bila berada di bawah Pakatan"

Haji Hadi tetap dengan pendiriannya iaitu ingin melaksanakan HUKUM HUDUD dan menjadikan Islam sebagai Addin. Tapi dengan lantas Karpal Singh menempelak lagi.

“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi."

“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,”
Presiden PAS Ustaz Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS sudah muak dengan permainan Karpal Singh dan Pakatan Rakyat. ADAKAH MUZAKARAH YANG AKAN DIADAKAN BERSAMA UMNO BAKAL MENGUBAH SEJARAH NEGARA KITA ?
Sama-samalah kita doakan ya :)

11 comments:

  1. Apa lagi!!!! BERGABUNGLAHHHHHHH!!!!

    ReplyDelete
  2. tak sabar ^-^

    ReplyDelete
  3. bila dua parti terbesar orang Melayu bersatu, insyaallah kita akan jadi sebuah bangsa yang kuat dan dihormati, buangkan perasaan hasad dengki,

    ReplyDelete
  4. PERMAINAN KOTOR UMNGOK BILA PRU DA SMAKIN HAMPIR WAKAKAKAKAKAKAKAKAKKKKAAAKA.

    PAS TAKKAN BGABUNG DGN UMNOGOKK PAS TAKKAN KENA TIPU LAGI..PAAAHHHAAAMMMM!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa ygtimbulkan muzakarah bang? nik aziz kan?.umno sedia sebab orang pas orang islam dan kita dituntut tidak memutuskan siratul rahim sesama islam tetapi perlu bertegas dengan kafir.kalau tak dalam ilmu cuba pergi tanya nik aziz, betul tak apa yg saya katakan.

      Delete
    2. hahaha.. dasar balaci pkr..

      Delete
  5. bodoh punya lebai PAS...jadi lahh babi DAP selama lamanya....

    ReplyDelete
  6. Mana ltakny pepaduan islam.. Besatulh mlaysia krana islam.. Yg x nk tu pmimpin ke..?

    ReplyDelete
  7. Ini taktik pas utk pilihanraya, konon nak laksanakan hudud jg. Padahal cakap je sbb die pun tau mustahil. Nak tunjukkan konnonnye kat penyokong die hudud itu masih wujud dlm pas lagi. Muzakarah taktik lame. Cara blackmail kpd dap dan pkr utk lebih kerusi.

    ReplyDelete
  8. bila ideologi tak sama ini lah jadinya... PAS tak payah bergabung dengan UMNO... sebab PAS tak perlukan UMNO dan UMNO tak perlukan PAS.. semua bole berdiri sendiri... yang penting teguh pada pendirian masing-masing... baru la bole nampak siapa hebat... tapi kalau dah tak jujur dan niat cuma nak menang kerusi memang ke neraka la jawab nya politik kat malaysia ni...

    ReplyDelete
  9. . . . Bila Kafir Quraish yang diketuai oleh Abu Jahal ( ? ) bertemu dan berbincang dengan RasuluLah dan bertanya kepada RasuluLah . . . 'Ya Muhammad, apakah yang engkau mahu, katakanlah kepada ku, nescaya aku penuhi . . . Kalau engkau sakit, biar aku carikan tabib yang handal untuk mengubati sakitmu, kalau engkau mahu isteri/perempuan, biar aku carikan ya ng paling cantik sekali dan jika engkau mahu berkuasa, biar aku jadikan engkau raja . . . . tetapi asalnya engkau dan pengikutmu tinggalkan agama tauhidmu dan kembali ke agama nenek moyang kita . . . dan RasuluLah menjawab, semua itu aku tidak mahu,aku hanya mahu engkau mengucap syahadah sahaja' . . . Abu Jahal (?) dan kafir quraish pula enggan mengakui keesaan AlLah dan kenabian RasuluLah . . .
    - RasuluLah tidak sakit, semua kafir quraish juga tahu, RasuluLah juga tidak mahu isteri/perempuan dan . . .
    RasuluLah juga tidak mahu kuasa dengan menjadi raja, pastinya raja mampu berbuat apa sahaja . . . tetapi mahukan aqidah yang jitu dan keimanan yang tinggi yang tertanam dijiwa muslim . . .
    . . . apakah Islam boleh digadaikan dengan kuasa politik . . .
    FIKIR FIKIR KAN LAH WAHAI ORANG ORANG BERIMAN

    ReplyDelete