Blog Archive

Aku bebas




Ramai yang tertanya-tanya nama sebenar aku dan sehingga ke harini masih ada lagi yang bertanya. Sebenarnya untuk pengetahuan kalian ini memang nama sebenar aku, inilah nama yang diberikan oleh bapaku. Soal apa pengertian di sebalik namaku ini kalian sahajalah pergi bertanya dengan Encik Google.

Zaman remaja atau pra dewasa aku banyak habiskan masa disamping rakan-rakan berbanding dengan keluarga sendiri. Terlalu bebas, dek kerana bebaslah maka keluarga mulai dilupakan. Masakan waktu cuti juga aku habiskan bersama rakan-rakan. Realitinya hanya tinggal seekor dua sahaja yang masih bersama. Sedangkan keluarga tetap akan bersama dengan kita walaupun susah dan senang. Ah! Itu ketika muda, zaman baru nak naik, baru nak kenal dunia, sekarang aku sudah dewasa dan tahun ini mencecah 27 tahun.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan bebas. Aku sangat suka perkataan bebas. Sebab aku bukan jenis yang suka dikongkong dikawal diarah.

Aku bebas kemana sahaja yang aku inginkan. Aku bebas untuk membuat apa sahaja selagi ia tidak melanggar hukum alam, hukum manusia. Aku rasa sangat bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang memberikan aku kebebasan untuk melakukan apa yang aku mahu.

Kadang-kadang aku terfikir, mengapa ada juga manusia yang mindanya cetek akalnya dengkil ada sahaja yang tidak kena pada persekitannya. Ada sahaja omongan dan kusutan yang dicanangkan dalam akal fikirannya. Adakah dia bukan dilahirkan di bumi Malaysia, atau mentalitinya masih di kelas ketiga. Wajarkah tindakannya dengan cara memprotes ala manusia yang tidak bertamadun itu. Moden sangatkah akal kewarasan dia sehingga bertindak sedemikian.

Malaysia. Mungkin kerana hukum alam Malaysia terlalu bebas. Bebas untuk bernafas dan bebas untuk segalanya. Oleh kerana itulah maka si dia bertindak bebas melampaui batas bukan bebas yang baik. Bebas yang tidak terbabas.

Hukum alam itu mudah, jika tahu risikonya tidak perlulah kita menanggung terhegeh memikulnya. Dan hukum alam itu adalah hukum alam Malaysia. Mengapa perlu berhutang jika takut untuk membayar?

No comments:

Post a Comment