Blog Archive

Siapa Setan di Malaysia?


Setan adalah musuh bagi setiap umat Islam. Setan bekerja 24 jam tanpa henti untuk menyesatkan umat Islam. Setan tidak pernah kenal erti penat, kerna itulah bila kita melakukan sesuatu yang tidak henti maka penggunaan ayat yang paling sesuai ialah 'kau tak gheti penat ke setan?'

Islam melarang kita untuk bersahabat dan menjadikan setan sebagai member, ironinya setan adalah bapa segala kejahatan, dan manusia yang paling jahat pula ialah Firaun. Tidak dinafikan ada juga diantara kita yang ingin bersahabat dengan setan, mungkin fikiran mereka berkata 'ala aku boleh jaga setan ni'

Hukumnya jelas, Haram bagi sesiapa yang bersahabat menghambakan diri dan menjadi tuan kepada setan. Setan menghasut umat Islam semata-mata kerana ingin menemankannya ke neraka. Itulah perihal setan, dari moyang hinggalah ke cicit cucut semuanya berperangai sama. Perangai setan. 

'Kenapa bapak kau kepala setan' 'Bapak kau ni busuk bau setan' 'Mak kau pernah kawan dengan setan tak' kasar bukan? Penggunaan kata nama setan pun sudah menggerunkan inikan pula jika peribadi dan tingkahlakunya diangkat sebagai ikon. Tentu sekali setan akan berasa sangat bangga bila dia dianggap sebagai hero, paling tidak pun bukan dirinya tapi perwatakan dan keperibadiannya.

Bila kita mencontohi dan terikut-ikut perangai setan maka timbullah dan ternampaklah kesetanan itu. Tidak perlu dengan kata-kata tapi cukup hanya dengan sebuah lukisan kartun.

1 comment: