Blog Archive

Lagi-lagi isu LEMBU


PKR hari ini mendakwa pemilik National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam proses menjual tiga hartanah, yang didakwa mereka dibeli menggunakan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd.

"Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi.

Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya.

Justeru beliau menegaskan bahawa semua transaksi melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana kemungkinan besar ia diperoleh menggunakan dana awam.


AN : Kah Kah Kah... Mamat lembu cuba memperbodohkan rakyat Malaysia... Kes NFC dalam siasatan dan jika aset semua dibekukan bagaimana pula proses seterusnya...? Lembu-lembu semua akan ditanggung oleh siapa...? Mamat lembu nak guna duit sendiri...? Kah Kah Kah... Mula-mula kecoh suruh dakwa dan siasat Datuk Seri Shahrizat dah siasat nak suruh beku aset pulak... Tujuan utama sebenarnya satu je, nak lembu tu semua mati kemudian mereka dapat meraikan kejayaan mamat lembu... Kah Kah Kah...

2 comments:

  1. isu ni memang isu serius...coz salah guna kuasa dlm pengurusan ni semua duit rakyat....korang jgn main2 untuk mempergunakan amanah yg diberi utk memperkaya diri sendiri.....tiada sebab atau alasan apapun....yg ini salah tetap salah.......nak buat pelaburan apapun....duit sykt n beliharta atas nama sykt.....tak leh nama sendiri oiiii......melainkan pulangan dari apa yg kau kerjakan...keutungan yg selayaknya bagi kau...kau guna beli kondo yg tu tak salah....ni duit sykt oiiiii.......kenapa kos beli lembu naik mendadak????? SubahanAllah! .....yg betul aku sokong...yg salah tetap aku persalahkan.....tiada alasan kerajaan membantu...klu terus bersikap tutup lubang, tutup sebelah mata, lama2 rakyat akan bosan dan kesannya amat buruk kepada pemerintah....aku syg kerajaan tapi yg salah tetap salah...kalian diatas kerana kalian pilihan rakyat....berkerjalah utk rakyat...jgn sombong....jgn angkoh.....jgn minta rakyat berkerja utk kalian.....sekali berkecil hati...musnah segalanya nanti....siasat dgn telus kes NFC, siasat dgn telus kes azmin ali juga....adakah benar kes fail SPRM yg tersebar sekarang ni.....tak kira bila perlakuannya....kes tidak pernah ditutup....jika kekayaannya memang tidak masuk akal......kemungkinan sumber permodalah utk kekayaannya sekarang dari sumber dan perbuatan rasuah....semua kena telus!!!!!!

    ReplyDelete