Blog Archive

Tribute to ?



Popular atau dikenali? Dua perkataan ini mempunyai maksud yang hampir serupa. Popular kedengarannya agak negatif sedikit manakala dikenali agak sopan berbanding popular.


Popular dan dikenali sebenarnya adalah satu fenomena sepanjang zaman. Tapi ia boleh dilihat dari beberapa aspek, contoh seperti dikenali disebabkan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, dikenali disebabkan kejayaan mendapat keputusan SPM 19A1. Dikenali disebabkan benda yang positif, yang baik-baik aja. Popular pula lebih cenderung kea rah yang negatif, contoh seperti artis tu sekarang dah popular semenjak dia mendedahkan buah dadanya. Ah, persetankan.

Di zaman serba siber dan internet tanpa henti kini, beberapa medium tumbuh bagai cendawan. Facebook, Twitter, Blog dan macam-macam lagi. Internet membolehkan manusia sejagat berkongsi pengalaman dan berita tanpa sempadan.  Manusia boleh mengembara tanpa sekatan hanya melalui rangkaian internet.
Alkisah berebut-rebutlah manusia mencuba nasib dengan mendaftar dan mempamerkan personaliti diri di alam maya. Berlumba-lumba seolah-olah ada hadiah lumayan yang ditawarkan. Lumrah manusia, seiring dengan kehendak zaman. 

Adanya blog sebenarnya menjejaskan industri kapitalis medium cetak kerana melalui blog manusia dapat menjimatkan kos harian hidup mereka, tentang soal sumber kebenarannya bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri.

Dan untuk post kali ini, rasanya perkataan bagi kata nama sesuai diberi kepada dikenali buat seorang bloggers yang tanpa henti berjuang mempertahankan agama bangsa dan tanah airnya. Dia dikenali kerana kesungguhan dia membela nasib sang pemerintah bukan kerana dia popular dek kerana video cinadoll dia tersebar.

4 comments:

  1. Terbaik PAPA GOMO!

    ReplyDelete
  2. natang beruk puak umporno... mu tak tkut fitnah dok?

    ReplyDelete
  3. Fitnah?????

    Suruh Anwar lancau saman dia la!!!!!

    Ade bran????

    ReplyDelete