Dulu aku adalah manusia kategori tvphobia. Setiap hari wajib untuk aku menonton rancangan tv. Zaman kanak-kanak dulu hanya ada 3 sahaja rancangan tv1 tv2 tv3. Pernah juga aku dibelasah oleh ayah kerana menonton tv sehingga lupa perkara-perkara wajib. Alhamdulillah, walaupun cuma ada 3 siaran tapi aku tidak pernah mengeluh malah aku rasa amat bersyukur kerana dapat menonton tv.
Kebiasaannya banyak drama-drama Melayu yang dipertontonkan, ada kisah lawak jenaka, kisah cinta, ada juga kisah pembunuhan dan pelbagai lagi aneka drama yang disediakan semata-mata untuk menarik minat penonton.
Jika dibandingkan dengan mutu drama luar negara tentu sahaja negara kita jauh ketinggalan, sehingga ke harini pun banyak drama dari luar yang diagungkan. Terpaksalah mentelaah subtitle di bawah nak fahamkan cerita punya pasal.
Kisah pembunuhan juga seringkali dipertontonkan, nyata drama tempatan tidak dapat menyaingi drama luar negara. Belum pun habis para penonton sudah dapat menganggak kesudahan drama tersebut. Bukan kerana penonton kita penonton yang berkualiti tapi kerana ceritanya sampah dan busuk. Si pembunuh meninggalkan bukti seolah-olah memaksa polis untuk menangkapnya. Oh, karutnya.
Babak sebelum ditangkap pula menyaksikan si rakan mangsa seolah-olah dibayangi si pembunuh. Pelik juga kerana si mangsa seperti tiada sanak saudara terdekat untuk berlindung. Itu hanya cerita. Sebuah cerita klise enikmen drama di Malaysia. Cerita pembunuhan ala tempatan yang lansung tiada kualiti. Tapi mampukah kita mentafsirkan sebuah kisah drama pembunuhan untuk terjemahkan ke dunia realiti?
PR menang Najib monggol ke SG BULUH!
ReplyDelete