Blog Archive

Perhimpunan Hijau 3.0 serentak Bersih 3.0 : Huru hara

 

Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, Himpunan Hijau  mengumkan bahawa perhimpunan tersebut diadakan bersama dengan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata langkah itu diambil kerana gerakan tersebut percaya bahawa isu alam sekitar yang ditimbulkannya adalah berpunca daripada kerajaan yang "kotor."

"Kerjasama dengan BERSIH 2.0 sangat logik dan penting kerana alam sekitar yang bersih hanya boleh dicapai oleh kerajaan yang bersih,"

Beliau turut membacakan kenyataan pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack yang antara lainnya berkata, badan tersebut sedang memperincikan rancangan untuk "Himpunan Hijau 3.0" itu.

"Keputusan rakyat muktamad. Lynas mesti keluar," katanya.


AN : 

Pertama sekali ialah jelas bahawa sebenarnya tujuan utama perhimpunan ini diadakan bukanlah semata-mata untuk memperjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih. 

Kedua perhimpunan ini juga diadakan bukanlah semata-mata kerana hendak selamatkan Malaysia kononnya daripada 'nuclear'. 

Ketiga penggunaan 'keputusan rakyat' itu sebenarnya merujuk kepada siapa? Penyokong pembangkang?

Kah Kah Kah...

Dulu bodoh sebab satu warna sekarang bodoh sebab dua warna pulak...

Kah Kah Kah...

No comments:

Post a Comment