Blog Archive

TIBAI akan jatuhkan Anwar



Pendedahan berterusan oleh Ahli-Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mampu menjatuhkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi pemimpin utama negara ini.

Seorang pengunjung yang menghadiri pelancaran kelab TIBAI, Arman Putera Asmuni, 39, berkata, majlis ceramah seumpama itu merupakan peluang terbaik untuk memberi peluang orang ramai mendengar dan menilai pendedahan dilakukan oleh individu yang pernah berjuang bersama Penasihat PKR itu.

"Selama ini saya hanya dengar daripada media dan hari ini saya mahu dengar sendiri daripada mulut orang yang pernah mengenali Anwar dan bekas sekutunya.

"Daripada apa yang dikongsi oleh penceramah, saya rasa pendedahan yang dihebahkan mengenai Anwar selama ini ada logiknya," katanya yang datang dari Shah Alam bersama tiga rakan pada majlis yang dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Arman berkata, pengakuan oleh kumpulan individu yang meninggalkan Anwar itu turut memberi bayangan mengenai ancaman bakal dihadapi negara sekiranya beliau diberi kuasa memerintah.

"Ceramah ini mencetuskan keraguan dan persoalan di hati saya sama ada Anwar menepati ciri-ciri pemimpin yang boleh memerintah negara seperti dilakukan pemimpin terdahulu.

"Sebagai rakyat, saya rasa kita berhak untuk mendengar dan menilai siapa sebenarnya orang yang sangat terdesak untuk menjadi pemimpin," katanya.

Selain itu, katanya, kehadirannya pada pelancaran TIBAI adalah sebagai sokongan terhadap usaha kelab tersebut yang selari dengan gerakan menentang penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender serta seks bebas.


AN : Sebelum #tibai ditubuhkan pun kami semua rakyat Malaysia dah tahu siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Dialah pengkhianat agama bangsa dan tanah air, manusia yang sanggup menjual maruah diri dan bangsa semata-mata untuk mencapai cita-cita sebagai Perdana Menteri.

1 comment:

  1. ANUAR DAN AMBIGA BERTANGGONGJAWAB ATAS PEMBUNUHAN POLIS.

    ReplyDelete