Blog Archive

Apa kata mereka tentang Bersih 3



Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan
Datuk Roslan Dahaman

"Biar undang-undang yang akan menentukan. Mengapa kita mahu lebih daripada undang-undang... Kita memang tak suka (perhimpunan itu). Perhimpunan pertama dan kedua telahpun diadakan, mengapa kali ketiga nak diadakan, susah orang nak berniaga (di Kuala Lumpur)".


Timbalan Pengerusi Pertubuhan PERKASA Malaysia
Datuk Abdul Rahman Bakar

"Jangan jadi pak turut kepada pihak-pihak yang menghuru-harakan negara dan tidak tahu berterima kasih, Kita awal-awal lagi tolak dan tentang mereka yang sokong BERSIH,"


Ketua Pembangkang Malaysia
Datuk Seri Anwar bin Ibrahim

"Perhimpunan ini akan memberitahu Perdana Menteri dan anggota kabinetnya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan dalam pilihan raya. Dakwat kekal? Pasti. Tetapi perkara pentung siapa akan mengundi? Hantu, manusia, lembu?"


Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

"Esok adalah hari yang besar, tetapi hati nurani saya jelas. Saya telah lakukan semua yang saya boleh sebagai Menteri Dalam Negeri dan Najib telah melakukan semua yang beliau boleh untuk membawa pembaharuan,"


Naib Pengerusi DAP
Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang,"

No comments:

Post a Comment