Blog Archive

Pemurahnya rakyat Malaysia


Ketika zaman sekolah dulu aku sering menjadi seorang budak yang nakal. Permainan baling bola duku adalah rutin harian dengan mengenakan uniform baju sekolah. Ada ketika bola tenis yang dibawa oleh rakan juga boleh bertukar menjadi bola sepak, bukan tujuh sebelah sebelas sebelah malah dua puluh dua sebelah. Bayangkan, betapa aku dan rakan-rakan sepersekolahan begitu lasak dan berani mati dalam mengharungi zaman sekolah rendah.

Tidak cukup di sekolah, kami sambung pula bila habis waktu sekolah, padang taman menjadi mangsa kerakusan kami untuk menjahanamkan rumput-rumput. Ada yang digelar Gianfranco Zola, ada juga Eric Cantona malah ada juga Diego Maradona.

Kebebasan. Hidup sebagai budak kecil di Malaysia adalah sangat bertuah. Aku tidak pernah mengeluh. Aku gembira kerana dapat teman-teman lasak yang berani mati di medan pertempuran padang taman. Aku bebas kemana-mana. Jika diberikan duit syiling dua puluh sen oleh bapaku, mesin telur adalah tumpuanku. Masukkan saja kemudian pulas mengikut arah jam, hadiah mainan yang tidak dijangka. Persetankan itu semua, duit itu terus ke kocek cina kapitalis.

Aku tidak pernah diajar untuk disiplin walau dimana sahaja berada, kelakuan dan tingkahlaku banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, jika di masjid sebagai budak-budak kecil automatik akan berbaris di saf paling belakang sekali. Itu tidak perlu diajar. Itu namanya persekitaran.

Jangan bilang zaman aku tiada pemberontakan atau sebaliknya, cuma mungkin aku banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dan agenda sendiri. Tidak meroyan walaupun tidak dibelikan mainan Tora mahupun Ding Dang. Tidak akan menyalahkan sesiapa walaupun kehendak tidak dituruti.

Persekitannya mudah, budaya orang Malaysia itu pemurah. Dan sehingga kini kita masih seperti dulu...

1 comment: