Apa itu yang dimaksudkan dengan ustaz? Dan adakah perkataan ustaz itu sebenarnya datang daripada bahasa Parsi yang membawa maksud Professor di Universiti-universiti di negara arab? Walau apa sekalipun takrifan dan maksud disebalik perkataan ustaz itu ianya tersirat dengan yang baik-baik. Ustaz ialah si pengajar dan penyampai agama kepada sekalian umat Islam. Tidak salah rasanya jika siklasifikasikan ustaz itu sebagai pelapis ulamak.
Bukankah para ulamak itu ialah pewaris para Nabi. Nabi itu pula maksum dan tidak melakukan sebarang perkara yang tidak baik. Ulamak perlu lah mencotohi ahlak dan keperibadian para Nabi tetapi tidak perlu kita hanya meletakkan di bahu para Ulamak malah setiap umat Islam sendiri harus mencontohi ahlak dan mengikut sunnah Nabi. Bagaimana pula dengan ustaz? Mereka sudah pastilah mengikut sunnah Nabi kerana gelaran mereka lebih tinggi dari gelombang umat Islam itu sendiri.
Di zaman Nabi Muhammad saw dulu, pelbagai watak dan karektar yang boleh kita lihat diantara para sahabat Nabi, contohnya Saidina Abu Bakar dimana beliau adalah seorang yang lembut hatinya, mudah terguris, sehinggakan dikhabarkan terdapat laluan air mata di sebelah hidungnya dek kerana kerap menangis. Itulah Saidina Abu Bakar, beliau terlalu mencintai baginda Nabi Muhammad saw. Berbeza bukan dengan kita? Sedangkan kita inilah umat yang paling dirindui Nabi.
Bagaimana pula dengan Saidina Umar? Hatinya kering dan sentiasa mempertahankan tubuh baginda Nabi Muhammad saw, siapa yang berani menentang Umar? Mereka ini ialah sahabat-sahabat Nabi yang berjuang bersama-sama dengan Nabi untuk mempertahankan dan menyebarkan agama Allah agama Islam.
Adakah seseorang itu layak diberi gelaran ustaz hanya semata-mata dia menyampaikan secubit ilmu agama tanpa mencontohi ahlak dan keperibadian baginda Rasulullah? Adakah juga seseorang itu layak digelar seorang ustaz hanya dek kerana dia mendengar sebuah perkhabaran yang belum tentu sahihnya kemudian dijadikan modal sebagai bahan ceramahnya?
sokong
ReplyDeleteramai lagi ilmuwan di malaysia yang boleh kita rujuk seperti DR MAZA - USTAZ HARUN DIN - USTAZ KAZIM -
ReplyDeleteulamak dihina dan diaaib.
ReplyDeleteLU TANGGUNGLAH BRADER !
tanda-tanda kiamat ialah bila ulamak menjual agama untuk kepentingan manfaat diri.... fikir fikir kan laa kalau kau betul2 beragama Islam...
Deletewoi.. ko hina ustaz Azhar... nanti kat akhirat kat jawablah di depan Allah.. satu lagi, blog ko penuh dgn fitnah dan dusta..
ReplyDeletesudah2lah puak2 UMNGOK....
Fitnah tang mane lak ni. Ish.
ReplyDeleteBila masa lak blogger ni hina Ustaz Azhar Idrus??
ReplyDelete