Blog Archive

Sam Ketot cemburukan kejayaan Najib


Pencapaian Perdana Menteri Najib Razak selama tiga tahun seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 sebenarnya mempunyai jurang yang besar dengan keadaan yang sebenar.

Banyak janji dan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan Umno/BN tidak tercapai malah gagal mencapai matlamat yang disasarkan. PM Najib Razak telah menjadi seorang pemimpin yang mentadbir negara dengan slogan kosong.

Najib membuat pembentangan dengan profil yang tinggi sempena pilihanraya umum ke-13 yang semakin dekat, seolah-olah mengutarakan manifesto pilihan raya Umno/BN.

Beliau menyeru rakyat Malaysia untuk memberi peluang kepada Umno/BN serta tidak menukar pemandu di tengah-tengah jalan.

Kenyataan beliau sebenarnya menunjukkan bahawa Umno/BN telah mengakui kemarahan rakyat terhadap urus tadbir kerajaan yang korup dan salahguna kuasa.

Masalah yang timbul dalam politik dan ekonomi negara juga menyebabkan keinginan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan untuk selamatkan Malaysia daripada rejim yang korup dan sombong.

Pemuda PKR (AMK) menegaskan bahawa iltizam rakyat yang kuat untuk perubahan adalah satu realiti.


AN : Kah Kah Kah... Dah nampak apa yang tersirat di hati pemuda PKR ini...? Tak lain tak bukan hanya cemburu dan iri hati tanpa henti... Kah Kah Kah... Puak-puak ini sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan... Itulah tugas pembangkang di Malaysia membangkang 24jam tanpa henti... Kah Kah Kah...

No comments:

Post a Comment