Pulau yang kecil tapi pembangunan terlampau rancak, pantai yang sekangkang kera terpaksa ditambak-tambak yang pastinya orang Melayu semakin ditolak-tolak, kalau ada tanah pun hanya mungkin di Bukit Bendera.
Sampai bilakah orang Melayu di Pulau Pinang akan terus dihalau dan diusir secara perlahan-lahan oleh orang yang kononnya mengaku memperjuangkan kepentingan semua bangsa ini..
Isu yang terbaru adalah berkaitan dengan tapak masjid yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pemaju swasta untuk membangunkan tapak itu. Pelan asal ialah untuk membina Masjid bagi penduduk setempat. Maklumat yang terakhir diterima ialah Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) telah menghantar surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi menuntut penjelasan kerajaan negeri tetapi sehingga ke harini masih belum ada sebarang berita mahupun sidang media diadakan bagi menjelaskan apa yang telah terjadi. Hal ini bukan sahaja membimbangkan seluruh penduduk beragama Islam di Pulau Pinang malah seluruh umat Islam di Malaysia.
Adakah penduduk Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan terus terusan percaya kepada pimpinan Lim Guan Eng dan sekutunya? Adakah penduduk Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan terus terusan memberi undi kepada DAP dan Pakatan Haram?
Sampai bilakah kita akan terus dibohongi dan ditipu hidup-hidup oleh si Kafir Harbi ini?
Tepuk Dada Tanya Iman :)
Perjuangan Baru Bermula
aimi-naqiuddin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment