Blog Archive

Cek kosong pembangkang



Semakin tibanya pilihanraya umum semakin rancaklah puak-puak pembangkang menabur janji-janji kosong. Mereka berikan cek-cek kosong kepada rakyat. Rakyat semua didendangkan dengan gembira sambil tersengih-sengih.

Sebelum ini pembangkang berjanji mahu memansuhkan bayaran tol Plus, beri wang kebajikan sebanyak RM1,000, menurunkan harga minyak petrol dan sebagainya. Sekarang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula, menunjukkan mereka sebagai sebuah kerajaan alternatif yang sungguh bermurah hati untuk menggembirakan semua orang.

Sebelum ini, cek Buku Jingga pakatan pembangkang secara kasarnya mereka akan belanjakan RM250 bilion setahun, sama dengan pendapatan setahun negara. Ia boleh menyebabkan dalam masa dua tahun sahaja negara boleh diisytiharkan muflis. 

Jika benar pakatan pembangkang mahu kotakan janji-janji cek mereka itu, jaraknya amat jauh antara realiti dan logik akalnya. Jika kita duduk dan fikir baik-baik dari mana untuk mereka mendapatkan duit itu? Kita akan rasa curiga dengan kemampuan pakatan pembangkang untuk memenuhi janji-janji mereka.

Sebelum ini, kita telah beri pakatan pembangkang jadi menteri kewangan, melakar sebuah bajet kewangan alternatif negara. Segala cek kosong dalam Buku Jingga, semuanya dijadikan dan dibentuk di dalam bajet kewangan tersebut dan telah menunjukkan dari mana hasil yang diperolehi oleh negara. Adakah ia dapat mengimbangi cek-cek yang telah dikeluarkan itu?

Bagi pakatan pembangkang, jika mahu mengimbangi cek-cek itu sepatutnya tiada sebarang halangan kerana pemimpin tertinggi pakatan pembangkang pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia selama 7 tahun dan pakar hebat ekonomi pakatan pembangkang, Tony Pua Kiam Wee berada di sisi beliau. Bajet kewangan sekecil ini sudah tentu tidak dapat menyusahkan pakatan pembangkang.

Tetapi, bagi rakyat pula, mendengar ahli-ahli politik bercakap sesedap mulut membuka cek-cek kosong ini, kenapa tidak duduk bersama kami, tunjukkan dan bentangkan bajet-bajet projek dan rancangan itu! Bukankah ia lebih praktikal dan nyata?

Dan apa sebenarnya yang telah dilakukan, diwar-warkan tidak lain hanyalah untuk memancing undi. Kini rakyat semakin bijak dan mereka tahu mana kaca dan yang mana permata.

2 comments:

  1. Cek kosong pembangkang ini sebenarnya akan bertukar cek tendang. Cuma menunggu masa dan hari sahaja. HeHeHe.

    ReplyDelete
  2. Tak dapat suma boleh.dah dapat apa pun tak boleh.cth selangor.lain cerita takde air pree,tu turunkan cukai pintu camne,Pelajar Unisel dah dapat suma PREE KE.Selagi PR ada DAP jangan harap nak dapat suma tu sbb ,bagi DAP -CINA MESTI UNTUNG DULU..

    ReplyDelete