Akal jangan letak di lutut tapi letaklah di tempat yang sepatutnya. Bukankah setiap apa jua permasalahan itu ada jalan penyelesaiannya. Maka gunakanlah medium yang paling sesuai untuk mendapatkan keputusan yang paling terbaik.
Saban hari dan hari berganti hari, hari bersilih hari, hari mendatang dengan hari-hari yang baru. Gunakanlah hari yang baru dengan sebaiknya kerana entah harini hari baru hari mendatang kita kan ada lagi atau ke hari yang disitu, hari penghitungan, hari pengiraan amalan.
Bila kita ditentang maka ada sesuatu sebenarnya disebalik apa yang kita lakukan di luar normal manusia. Kebarangkalian benda itu salah. Ya, sangat besar peratusnya. Bila bertindak di luar kawalan biasanya iblis yang akan menguasai ruang-ruang rongga akal fikiran, ada sahaja bisikan helah muslihat yang cuba memperdayakan anak cicit adam. Lebih kepada hasutan, amat kurang dari fikiran normal.
Hidup sebagai manusia perlu bijak, bukan nampak bijak tapi sebenarnya diperbodohkan. Jadilah bijak yang sepatutnya. Maka perangai bijak itu boleh dibanggakan, bukan sahaja ketika itu tapi sehingga ke anak cucu, sehingga ke generasi ke lima.
Bila jadi bijak tak bertempat maka kita akan ditertawakan dan dihina, perbuatan tidak bijak akan menyebabkan kita akan dikenang sebagai pejuang yang tidak bijak, pejuang yang tidak tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan, pejuang yang sebenarnya menjadi alat perkakas kepada bapa segala bijak itu. Ya, dia adalah bapanya, bapa kepada kata nama bijak, bijak memperdayakan pengikutnya, dalam masa dan keadaan yang sama, dia tersenyum lebar kerana perkakasnya hanya mengikut kata dan telunjuknya, pejuang yang tidak bijak sebenarnya tiada nilai di sisi masyarakat. Oh. Itu fakta.
MAHASEWEL BODOH!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteJangan hina kami mahasiswa & mahasiswi pelapis pemimpin di masa akan datang. Kami akan pastikan free education kepada anak cucu kami. Blogger macam kamu yang patut malu. Setiap hari ingin menghina kami sedangkan iq kamu sangat rendah.
ReplyDeleteBukan blogger punya IQ yang rendah.. I think it's your IQ.. Think of what you people have done.. Memalukan anak bangsa...
Deletehahaha apa korang nak gaduh2 ni...korang tahu tak...negara malaysia ni bukan 100% dikawal oleh ahli politik (pemerintah)...Malaysia ni mengamalkan negara demokrasi berpalimen dibawah pentadbiran raja berpelembagaan......kita semua dah kena tipu ngan dia orgn ni semua...termasuk lerr raja2.....bagunlah raja ku...kamu yg berada di tangga teratas jgn hanya jadi pemerhati...takbirlah negara ini dengan adil semahumu...kerana di akhirat kelak....kamulah org pertama sebagai pemerintah akan disoal dan dipertanggungjawabkan atas segalanya.........
ReplyDelete