Blog Archive

PAS spin isu Murtad?





Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pendedahan isu gejala murtad dikalangan saudara seagama dan sebangsa kita. Pendedahan ini dilakukan oleh Presiden Jati, Datuk Hassan Ali. Selain itu bekas peguambela Anwar, Zulkifli Noordin juga sering membahaskan isu ini kian merebak di seluruh negara.

Dedahnya, hampir seramai 200 ribu orang telah murtad dan hampir kesemuanya yang terjerumus dalam gejala ini adalah disebabkan kekurangan ilmu agama, masalah kewangan, tekanan hidup dan sebagainya.

Dan apabila kuantiti yang diberitahu ini mungkin kurang tepat maka muncullah beberapa ekor badut PAS yang mempertikaikan motif sebenar Hassan Ali. Ada juga yang cuba menjadi hero dengan mengatakan bahawa isu murtad ini hanyalah isu kecil. Bukan kuantiti yang sepatutnya dijadikan isu tapi yang seharusnya kita tumpukan ialah mengapa gejala murtad ini boleh berlaku? Mungkin hari ini yang memeluk agama lain itu ialah si polan polan tidak mustahil satu hari nanti ia berlaku pula pada kita atau pun saudara terdekat kita.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyeru anggota PAS supaya menumpukan kepada perkara yang lebih besar isu pengundi hantu dan rasuah.


AN : Isu pengundi hantu (ada ke?) dan rasuah lebih besar dari isu murtad...? Pesuruhjaya PAS Selangor ni sekolah sampai darjah berapa...? Dah kemaruk sangat nak ke Putrajaya sampai sanggup mengenepikan isu murtad....? Eh... Apa ni...??




No comments:

Post a Comment