Ada dikalangan rakyat Malaysia yang begitu bangga bila dapat bekerja di Singapura. Termasuk juga dengan rakan-rakan rapat aku walaupun jawatan yang disandang hanyalah kerani ataupun peon. Kononnya di sana adalah sebuah negara yang hebat bersistem dan disiplin.
Mereka sanggup menaiki MRT walaupun bersesak dan padat. Gaji yang ditawarkan pula sekitar 1200-1800 dollar Singapura. Tentu sahaja mereka bangga dan rasa cukup selesa bila ditukar kepada nilai ringgit. Ada juga yang sehinggakan mengagung-agungkan pemimpin cicit komunis disana, kononnya mereka telus dan amanah dalam meningkatkan mutu kehidupan rakyat Singapura.
Persetankan itu semua, jika berfikir dan merancang tentang dunia Lee Kuan Yew sudah merancang hingga ke tahun 2055 sedangkan Malaysia hanya bersandarkan Wawasan 2020. Itu beza Malaysia yang diperintah oleh pemimpin Islam dan Singapura adalah sebaliknya. Pemimpin yang berpaksikan kapitalis dan sanggup memperjudi dan menggadaikan budaya bangsa sendiri semata-mata demi mengecapi kemodenan yang kononnya selari dengan jiwa mereka.
Konsep duniawi mereka sudah jauh tersasar, bagaimana pula dengan nilai-nilai rohani yang diajar dan dididik disana? Bangsa melayu dan suaranya tidak didengari lagi, mereka redha dan sehingga ke harini masih menganggap Lee Kuan Yew pemimpin terbaik sepanjang zaman. Adat bangsaku, tidak sanggup bertuankan bangsa sendiri. Bangsa yang tidak pernah senang melihat bangsanya sendiri maju.
Mengapa Malaysia hanya mempunyai Wawasan 2020 sedangkan Singapura mensasarkan 2055, jawapan itu sebenarnya perlu ada pada setiap orang Islam itu sendiri. Kita akan dihadapkan di padang mahsyar dimana dacing pemberat akan menentukan samada amalan kita di dunia ini akan menjadikan tiket ke syurga atau neraka. Kita percaya akan hari kiamat dan hari akhirat. Kita percaya akan kewujudan syurga dan neraka. Mereka sebaliknya, mereka merancang seolah-olah tiadanya akhirat.
Persengketaan yang kita cetuskan ini adalah kerana kesilapan kita sendiri. Kesilapan dan keturunan bangsa yang tidak pernah senang melihat kesenangan orang lain, sanggup menjahanamkan bangsa sendiri semata-mata kerana ia sebangsa. Ciri-ciri apakah itu? Melayu.
bodo nate beruk
ReplyDeleteapa kah sanggup kaum melayu di pinggir kan seperti di singapura...Apa kah sanggup kita sebagai islam tidak mendengar azan berkumandang lagi apa bila tiba waktu solat? cuba pikir2 kan, apa maksud LE KUAN YEW berjumpa nik aziz.
ReplyDelete