Blog Archive

Kau ludah Polis. Kau jilat balik.



Seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng' dalam satu kejadian awal pagi ini, menurut saksi. Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

Kumpulan itu juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden tersebut menggunakan kamera dan telefon bimbit. Mereka kemudiannya merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.

Heng berkata, pegawai polis seramai lebih sepuluh orang yang berada berdekatan kawasan itu juga tidak bertindak sehinggalah pemimpin pelajar berkenaan meminta pertolongan daripada mereka.

Kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan itu apabila polis tiba dan beberapa orang daripada mereka turut ditahan, menurut saksi. Kira-kira 100 orang pelajar berkenaan berkhemah di kawasan itu sejak Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan juga supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dihapuskan.

Pelajar berkenaan telah membuat laporan polis atas insiden tersebut hari ini.


AN : Kah Kah Kah... Seorang pejuang seharusnya tidak perlu gentar tidak perlu goyang dengan serangan pihak lawan... Bukan ke Anwar pernah berkata Jika Takut Dengan Risiko Usah Bicara Tentang Perjuangan... Kah Kah Kah... Yang paling kelakar? Sebelum ni sibuk panggil Polis ANJING sekarang mintak tolong dengan polis jugak... Kah Kah Kah...

1 comment:

  1. aku bukan nak hina bangsa aku sendiri tapi aku sesal ngan bangsa aku skrg esp mahasiswa n glgn muda..walhal kita2 ini la yg akan terus kuatkan kerajaan..demi kekalnya Melayu di tanah air ni..betul la kata Tun M..skrg puak2 Anwar wat kuca lana..wat bersih sampai huru hara..pasni dorg import senjata..kenapa la Melayu esp golongan yg aku maksudkan tidak memahami @ mensyukuri nikmat keamanan ni..if ko xsuka UMNO/BN..ko blh diam..duk je atas pagar..sedar la..kalo x kerana pemimpin dr parti ni dulu..kita xmerdeka..apalagi nakl rasa nikmat pembangunan hari ni.Wallahualam..Melayu semakin ketandusan waras bila sebut n bincang pasal politik..xsalah ikut tapi tidak menerima bulat2 apa yg disampaikan..jes pk n timbang secara waras apa baik n buruknya.

    ReplyDelete