Blog Archive

Hoi tak malu ke orang Melayu





Baru-baru ni adalah seorang mualaf buat ceramah forum perdana di Batu Pahat (kampung aku) dan ia diadakan di sekitar dataran Penggaram. Tajuk dan isi ceramah banyak kepada unsur penyatuan di kalangan umat Islam tanpa membezakan parti politik. Dari mukadimah sampailah ke penghujungnya semuanya cerita tentang penyatuan.

Ada 3 benda yang nak aku kongsikan dekat sini : Mualaf - Penyatuan - Tak sedar diri

Mualaf

Yang menyampaikan ceramah ni adalah seorang Mualaf. Siapa dia Mualaf? Orang yang menukar agamanya kepada agama Islam. Maknanya asalnya dia ialah seorang kafir. Dia diberikan dan ditunjukkan hidayah oleh Allah swt untuk memeluk agama Islam. Mualaf yang nak diceritakan ini pula ialah seorang berbangsa cina. Dia jugalah yang sibuk 24 jam tanpa henti menyeru umat Islam khususnya orang Melayu untuk bersatu. Kenapa dia bersungguh-sungguh nak orang Melayu bersatu? Kenapa dia bersungguh-sungguh nak orang Islam bersatu? Sebab dia tahu apa agenda orang kafir, apa agenda bangsanya. Dia sayangkan Islam dan sayangkan orang Melayu walaupun ada disebalik cerita yang mengatakan dia sendiri dibuang keluarganya. Si Cina yang menyuruh si Melayu bersatu. 

Penyatuan

Sesungguhnya penyatuan di atas kapasiti 'bangsa' itu sangat penting. Lihat sahaja di negara-negara Arab, bila mereka bercakaran sesama sendiri, berpuak-puak, apa yang terjadi kepada liga Arab? Saling berebut kuasa malah sanggup berbunuh diantara satu sama lain. Yang jelas si Yahudi mentertawakan umat Islam sambil mereka terus membuli Palestin.

Tak sedar diri

Orang Melayu masih tak sedar diri. Hoi! Si Cna yang menyuruh si Melayu bersatu, tak malu ke hoi! Si Cina yang bertungkuslumus bekorban tenaga harta dan masa semata-mata untuk pastikan si Melayu tidak leka dan lalai dalam memastikan negara kita ini kekal sebagai negara Islam. Si Cina ini jugalah yang menitis air matanya kerana melihat si Melayu bergaduh sesama sendiri, tapi malangnya si Melayu masih tak sedar diri, masih lalai dan leka dihimpit duniawi. Wallahualam.

5 comments:

  1. Bersatulah atas nama Islam. Bukan atas nama bangsa. Umngok x sedar diri.

    ReplyDelete
  2. Si mualaf ini pun tidak menunjukkan contoh dan teladan yang baik, sebab beliau telah murtad dan berpisah dari keluarga asalnya. Justeru itu, bagaimana mungkin insan yang jahat nak menyeru orang lain buat baik. Dia sendiripun tidak mengamalkan perpaduan di dalam bangsa asalnya, lepas tu dia nak suruh orang2 Melayu pula supaya hidup bersatu. Sungguh janggallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau telah murtad? Eh. Apa cite ni?

      Delete
    2. ape la sibodoh anon ni!! agak nye mase Upsr dulu exam bahasa gagal gamak nye...

      Delete
    3. SEMBARANG JAK.... SAH MESTI C MOUS NI YG DA TERMURTAD DAH TU SIBUK PLAK NAK MENGATA USTAZ RIDHUAN TEH ABDULLAH.. TAUBAT LA jgn sibuk nak ~bersih~ sana sini je

      Delete