Blog Archive

Bangsaku dan Hutang.



Kini semua heboh tentang isu 'hutang' itu. Seolah-olah 'hutang' itu adalah seperti tidak disedari, atau dalam erti kata lain mengambil wang 'hutang' itu dengan tidak sengaja. Penglipurlara bijak mengatur langkah dengan memusingkan isu-isu utama ke isu 'hutang'. Lumrahnya bangsaku umumnya memang suka berhutang dan kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh penglipurlara itu untuk memancing anak-anak muda yang cetek dan singkat pemikirannya.

Krisis dan malapetaka 'hutang' didendangkan kepada umum. Lagunya sangat merdu dan lebih merdu dari yang sebelum-sebelumnya. Cuma kali ini si penglipurlara menggunakan versi dendangan di luar kotak fikiran, di luar akal manusia. Ibu bapa kepada anak-anak muda juga terkena tempiasnya, mana tidaknya bila diberi peluang untuk tidak dibayar 'hutang' pasti sahaja ada yang melonjak gembira.

Soal logik atau tidak sudah tidak didengar lagi, malah disindir pula kononnya tidak mahukah kehidupan percuma atau tak payah bayar 'hutang'. Dituduhnya pula sang pemerintah takut bila rakyat menjadi bijak. Itulah kelebihan dan bakat terpendam yang ironinya ada pada sang penglipurlara, menipu dan memutarbelit.

Oh bangsaku. 

Jangan biarkan diri terus dialun palunan lagu sumbang itu. Jangan biarkan diri dihembus nafas berbau bangkai itu. Kita kan bangsa yang maju, bangsa yang ingin dipandang oleh bangsa lain. Mengapa kita terus membiarkan diri terpalit taik penglipurlara itu.

Pokoknya 'hutang' adalah tabiat bangsaku dan memulangkan semula 'hutang' adalah tabiat nombor satu bangsaku.

No comments:

Post a Comment