Blog Archive

PAS akan sertai Bersih 3.0


PAS hari ini menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

"Kita akan menyertai perhimpunan itu selain terus memperjuangkan kandungan laporan minoriti," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi. Bagaimanapun pendirian rasmi PAS berhubung perkara itu dijangka akan diumumkan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada satu sidang media khas esok.


AN : Pertama sekali tujuan Bersih 3.0 diadakan kerana ingin memperjuangkan kandungan laporan minoriti iaitu beberapa tuntutan yang ditolak. Kedua sekarang dah makin jelas dan terbukti apa yang dikatakan oleh Presiden Jati Datuk Hassan Ali bahawa PAS dikuasai oleh parasit-parasit. Keputusan perlu diputuskan oleh Mat Sabu maknanya Mat Sabu mengatasi Ustaz Hadi Awang dan Mursyidul Am. Mat Sabu ialah Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS <--- Patutlah PAS makin jahanam...Kah Kah Kah...

Gua benci Mat Sabu... Kah Kah Kah...

1 comment:

  1. jangan tanya negara apa yang negara buat untuk kita sebaliknya tanyalah kita apa yang telah kita buat untuk negara.

    ReplyDelete